Heidi Sumbang Emas Acara Renang Laut Terbuka

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Heidi Gan merangkul pingat emas keduanya pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia menerusi acara 10,000 meter renang laut terbuka wanita yang berlangsung di Pulau Putri, Kepulauan Seribu, di sini, Sabtu.

Perenang Malaysia itu mencatatkan masa dua jam, 20 minit, 26.70 saat untuk meraih pingat emas itu dengan mengatasi Thi Ngoc Yen dari Vietnam untuk pingat perak dengan catatan masa 2'34:59.61s.

Perenang negara tuan rumah Yessy V.Yosaputra membawa pulang pingat gangsa dengan 2'38:47.39s. Dua hari lepas, Heidi memenangi pingat emas dalam acara 5,000m.

Dalam acara 10,000m renang laut terbuka lelaki, Kevin Yeap Soon Choy meraih pingat gangsa selepas sekadar mencatatkan masa 2'14:29.80s.

Perenang Vietnam Ba Anh Tu Chan memenangi pingat emas dengan catatan masa 2'14:32.94s manakala Ricky Angga Wijaya dari Indonesia meraih pingat perak dengan 2'14:41.59s. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan