Sukan Sea: Semangat Tinggi Punca Kemenangan Kuartet 4x400M Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat ingin mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa membawa kepada kemenangan kuartet 4x400 meter lelaki negara pada temasya Sukan SEA Ke-26 di Indonesia, Selasa lepas.

Jurulatih pelapis olahraga kebangsaan Hamberi Mahat berkata kuartet itu, yang dianggotai S.Kannathasan, P.Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh, juga tidak mempedulikan kontroversi yang melanda mereka sebelum menyertai temasya dwitahunan itu.

"Bagi mereka, semangat untuk memartabatkan nama negara di peringkat antarabangsa lebih penting selain tidak mempedulikan kontroversi yang melanda kerana fokus mereka ke Sukan SEA adalah untuk menang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pingat emas kepada kuartet itu di Majlis Sukan Negara (MSN), Khamis.

Mereka tidak sempat menerima pingat emas pada acara penyampaian hadiah temasya itu kerana tiket penerbangan ditempah lebih awal.

Semua atlet berkenaan, kecuali P.Vuvaraj, yang menduduki peperiksaan Politeknik di Pulau Pinang, menghadiri majlis itu.

Kuartet itu, yang bertanding dalam kategori B, melakukan kejutan dengan meraih pingat emas dengan catatan masa 3:10.49s untuk menewaskan kuartet Filipina yang memperoleh perak dan Thailand (gangsa).

Hamberi, yang juga bekas pelari pecut kebangsaan, berkata kuartet itu, yang digandingkan sejak pertengahan tahun lepas, turut dibawa menyertai beberapa kejohanan olahraga antarabangsa sebagai persediaan ke Sukan SEA.

"Antara kejohanan yang pernah disertai mereka ialah Terbuka Singapura, Terbuka Taiwan dan Terbuka Sri Lanka. Dari situ, mereka dinilai dari segi statistik dan kita yakin mereka boleh menang pingat di Sukan SEA," katanya.

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan sikap Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim, yang didakwa cuba bermain 'tarik tali' dengan kuartet itu apabila memberi peluang pada saat akhir kepada mereka.

"Atlet lain olahraga sudah bertolak pada 9 November manakala mereka hanya bertolak pada 12 Nov," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Olahraga Kebangsaan ke Sukan SEA Rajemah Sheikh Ahmad mendakwa segala perancangan atlet olahraga kebangsaan ke Sukan SEA 'seolah-olah' diatur oleh Karim.

"Daripada pemilihan atlet (kategori B) serta pegawai ke Sukan SEA dan tiket penerbangan, semuanya diatur oleh Karim sendiri," katanya yang juga bekas pelari kebangsaan.

Rajemah, yang juga Setiausaha Persatuan Olahraga Negeri Terengganu, mahu Karim bersikap lebih profesional pada masa depan bagi memastikan KOAM mampu melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan olahraga.

Karim tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan