Sukan Sea: Puteri Tinju Negara Raih Pengalaman

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Walaupun gagal ke pusingan akhir, puteri tinju negara Lee Ai Jin meraih pengalaman berharga apabila berpeluang bertanding di Sukan SEA Ke-26 di Arena Tinju Kampus di sini, Jumaat.

Lee, 26, yang juga petinju wanita pertama Malaysia ke temasya itu, kalah kepada petinju Myanmar Thet Htar San dalam kategori 'light fly' 48kg, 8-32, pada perlawanan separuh akhir.

"Memang saya tidak diberi harapan untuk menang, tapi saya masih rasa kecewa kerana saya memang berazam untuk menang dan mara ke pusingan akhir," katanya.

Beliau yang beraksi agresif sepanjang pertarungan mengakui Thet memiliki kelebihan dari aspek stamina.

"Thet memiliki stamina yang lebih mantap mungkin kerana beliau berlatih sepenuh masa sedangkan bagi saya tinju adalah aktiviti sampingan," kata eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia itu.

Lee, yang berasal dari Kuala Lumpur, berkata beliau berlatih lima kali seminggu, iaitu dua kali di gim peribadi dan tiga kali bersama skuad nasional.

Katanya beliau mula meminati sukan tinju sejak diperkenalkan oleh rakan-rakan ketika belajar di Australia empat tahun lalu.

"Tinju memang sukan yang mencabar, meningkatkan keyakinan diri dan mengajar saya bagaimana menghadapi masalah dalam kehidupan selain membantu hilangkan stres," katanya.

Lee berkata perjuangannya tidak berakhir di sini malah beliau ingin memajukan diri dan bercita-cita untuk merangkul emas buat negara satu hari nanti.

Beliau turut berharap lebih ramai remaja wanita akan menceburi diri dalam sukan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan