Presiden FAM Yakin Skuad Malaysia Mampu Pertahan Emas Sukan Sea

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah yakin skuad bola sepak negara akan dapat mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-26 yang sedang berlangsung di Indonesia.

Baginda berkata prestasi unggul pada aksi kumpulan A membuktikan pasukan Malaysia kini adalah pasukan pilihan untuk muncul juara pada edisi Sukan SEA kali ini.

"Malaysia akan bertemu Myanmar pada saingan separuh akhir dan saya yakin kita akan menang 2-0," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan dewan baharu Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, di sini,Jumaat.

Sultan Ahmad berkata skuad bawah 23 tahun negara kini dalam kedudukan paling konsisten dan mampu menewaskan mana-mana pasukan pada aksi separuh akhir dan akhir nanti.

Bagaimanapun baginda berharap semua pemain tidak leka dengan kejayaan menjuarai kumpulan A, sebaliknya bekerja keras mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi sedia ada. Pada perlawanan semalam, jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim meletakkan skuad Malaysia menjuarai kumpulan A selepas menumpaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Skuad bawah-23 negara akan bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar, sementara tuan rumah Indonesia akan bertemu juara kumpulan B yang merupakan naib juara bola sepak Sukan SEA 2009, Vietnam pada perlawanan peringkat separuh akhir Sabtu ini.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan