Sukan Sea: Pandelela Tutup Tirai Acara Renang Raih Pingat Emas

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Penerjun kebangsaan, Pandelela Rinong Pang,seperti telah dijangka meraih pingat emas terakhir yang ditawarkan pada acara terjun di temasya Sukan SEA ke-26 di sini, Rabu.

Penerjun berusia 18 tahun itu berjaya memukau ribuan penonton yang berpusu-pusu menyaksikan acara terjun di Pusat Akuatik Jakabaring.

Dalam suasana penuh ejekan penonton tempatan, Pandelela berjaya meraih pingat emas dengan mengumpul 342.90 mata.

"Hari ini (Rabu) saya hanya lakukan terjunan seperti biasa sahaja sebab di sini kurang saingan. Saya hanya guna DD (darjah kesukaran) yang biasa saya gunakan dan tidak guna DD yang lebih tinggi.

"Bagaimanapun, saya tidak begitu puas hati dengan terjunan ketiga dan keempat. Saya ada masalah sedikit semasa hendak terjun," katanya.

Selain Pandelela, Malaysia turut meraih pingat perak melalui Kam Ling Kar yang pertama kali membuat penampilan di Sukan SEA.

"Saya gembira dapat menang pingat di sini. Saya tak dapat saingi Pandelela sebab dia menggunakan DD yang lebih tinggi," kata pemenang dua pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Melaka tahun lepas.

Pada temasya itu beliau meraih pingat emas dalam acara 10m platform seirama dan 3m papan anjal seirama.

Acara terjun yang menutup tirainya hari ini, menyaksikan Malaysia meraih tujuh pingat emas, tiga perak dan satu gangsa dari lapan acara yang dipertandingkan.

Malaysia tidak menyertai acara 10m platform lelaki seirama, bagi membolehkan penerjun tuan rumah meraih pingat emas.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan