Proton Mahu Pastikan Kejohanan APRC Kekal Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir melahirkan penghargaan kepaada kejayaan syarikat tersebut yang muncul sebagai kuasa dominan merangkul Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) FIA 2011 bagi kategori Pengeluar dan Pemandu.

Pasukan itu yang menggunakan Proton Satria Neo S2000 menang empat daripada enam perlumbaan yang disertainya dan secara automatik mengenepikan pasukan seperti Mitsubishi dan Subaru.

"Ini merupakan kemenangan APRC pertama Proton selepas tujuh tahun penyertaan dalam kejohanan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya di sini, Rabu.

Kemenangan itu turut menyaksikan Proton menjadi pengeluar kereta pertama yang memenangi kesemua lapan anugerah utama individu dalam kejohanan itu.

"Kita akan terus meningkatkan keupayaan enjin kita dari semasa ke semasa bagi mengekal dan memenangi kejohanan," katanya.

Acara seperti APRC memberi Proton pendedahan yang luas yang mana ia disiar ke hampir 129 negara dengan anggaran 390 juta penonton menyasikan perlumbaan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terim kasih kepada seluruh pasukan yang terlibat terutama penaja kami Sime Kansai Paints, Yasmin Group, Proton Parts Centre dan Petronas," kata Syed Zainal Abidin

"Saya fikir (Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek) adalah orang terbaik untuk membincangkan tentang aktiviti sukan di negara kita," katanya.

Sementara itu pelumba rali negara Karamjit Singh melahirkan rasa prihatin untuk melatih mereka yang betul-betul berminat dalam arena sukan permotoran bagi menjadi skuad pelatih.

"Saya masih merancang untuk menjadi jurulatih satu hari nanti untuk mengajar terutama generasi bakat muda untuk menjadi generasi baru sukan permotoran," katanya kepada Bernama.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan