KOAM Beri Layanan Sama Rata Kepada Semua Atlet - Karim

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) memberi layanan sama rata kepada semua atlet negara dan sentiasa peka dengan keperluan mereka terutama ketika mengikuti kejohanan penting seperti temasya Sukan SEA yang sedang berlangsung di Palembang, Indonesia.

Timbalan Presiden KOAM Karim Ibrahim berkata tindakan menghantar balik kuartet 4x400m lelaki negara yang memenangi pingat emas Isnin lepas tanpa mereka sempat menerima pingat itu petang Selasa kerana masalah menukar tiket penerbangan.

Gandingan S.Kannathasan, P.Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh yang meraih pingat emas setelah berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3:10.49s, pulang tengah hari semalam, manakala acara penyampaian hadiah pula diadakan petang.

KOAM tiada kuasa untuk meminda waktu penganugerahan pingat bagi acara itu kerana ia adalah bidang kuasa penganjur temasya sukan itu, dan tiket penerbangan juga tidak dapat ditukar kerana ramai yang hendak pulang pada waktu itu, katanya, Rabu.

"Seharusnya tidak timbul isu layanan buruk terhadap mereka kerana persatuan melayan semua atlet sama rata...selalunya acara penyampaian hadiah diadakan sejurus acara berlangsung dan bukannya di hari yang lain.

"Tindakan penganjur itu (yang mengadakan penyampaian hadiah di hari yang lain) menyukarkan kontinjen negara kerana ramai telah menempah tiket awal (untuk pulang)," katanya.

Karim turut mendakwa terdapat dalang yang berkepentingan yang sengaja mengeruhkan hubungan KOAM dengan atlet di bawahnya.

"Isu tidak puas hati Noraseela Khalid terhadap layanan kelas ketiga oleh persatuan adalah tidak berasas sama sekali kerana KOAM selama ini memberi layanan sama rata pada semua atlet tidak kira sama ada mereka ketika itu bertanding di kejohanan dalam negara mahupun di luar negara," katanya.

Beliau menasihatkan Noraseela dan atlet olahraga lain agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak lain yang sengaja menjadikan atlet sebagai senjata dalam usaha menjayakan agenda mereka untuk menjatuhkan KOAM sebagai badan induk sukan olahraga di negara ini.

Karim turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Noraseela dan beberapa atlet lain yang berhajat untuk berjuang bagi merombak kepimpinan KOAM atas dasar untuk menjaga kebajikan atlet lain.

"Atlet mempunyai hak untuk bersuara dan saya akan menyerahkan perkara ini kepada ahli majlis KOAM untuk tindakan selanjutnya," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan