Elak Terima Kad Merah - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: "Awas kad merah". Ini saranan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada skuad bola sepak negara pada temasya Sukan SEA 2011 yang akan menentang Indonesia pada Khamis.

Beliau mahu skuad bola sepak negara berhati-hati daripada dilayang kad merah ketika menentang Indonesia pada perlawanan akhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Beliau berkata pemberian kad merah hanya akan menyulitkan peluang skuad bola sepak negara untuk menang dan layak ke separuh akhir.

"Saya lihat trend pengadil yang suka memberi kad merah kepada pemain negara lain apabila menentang pasukan Indonesia.

"Malaysia perlu berhati-hati. Kalau 10 pemain berlawan dengan 11 pemain, ia akan menyulitkan peluang untuk menang," katanya kepada pemberita, Rabu.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan