Sukan Sea: Ken NeeTambah Emas Dalam Acara Terjun

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Acara Terjun menjadi lubuk emas negara pada Sukan SEA ke-26 di Palembang apabila Yeoh Ken Nee meraih emas kelima Malaysia menerusi acara 3m papan anjal lelaki di Pusat Akuatik Jakabaring di sini, Rabu.

Yeoh, 28, menewaskan peserta lain dengan catatan mata keseluruhan 58.15 selepas enam aksi terjunan, sekaligus membawa pulang emas ke-15 Sukan SEA buat dirinya.

"Pada mulanya, saya menjangkakan saingan sengit daripada atlet Filipina dan atlet Indonesia tapi mungkin nasib saya lebih baik kerana saya mencuba 'difficulty' yang tinggi," katanya kepada media Malaysia di sini.

Pingat perak dimenangi atlet tuan rumah Akhmad Sukran Jamjami yang mengumpul 401.86 mata manakala atlet Malaysia Ahmad Amsyar Azhar meraih gangsa dengan 397.30 mata.

Ahmad Amsyar, 19, yang pertama kali beraksi di Sukan SEA, mengaku beliau agak gementar sepanjang pertandingan sehingga menjejaskan fokus dan keyakinan dirinya.

"Begini rupanya beraksi di sini (Indonesia). Mental memang kena kuat. Nampaknya masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki," katanya.

Beliau dan Yeoh juga terpaksa berdepan sorakan negatif penonton tuan rumah setiap kali melakukan terjunan.

Ahmad Amsyar, berasal dari Perlis, turut menyimpan azam untuk menjadi sebaik Yeoh dan Bryan Nickson Lomas yang juga merupakan antara 10 penerjun terbaik dunia.

"Saya perlu berlatih lebih kuat lagi dan tingkatkan kualiti terjunan, terutama untuk menghadapi kelayakan Olimpik di London tahun depan," katanya yang mula melibatkan diri dalam sukan itu pada usia 12 tahun.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan