Saya Sedia Bukti Dakwaan - Arivalagan

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketua jurulatih skuad karate negara P. Arivalagan bersedia membuktikan dakwaannya bahawa wujud pengadilan yang berat sebelah terhadap pasukan negara dalam acara karate di Sukan SEA ke-26 di Indonesia.

Beliau mendakwa tindakan itu didalangi oleh seorang pegawai dari Malaysia bagi memastikan dirinya disingkirkan daripada membimbing skuad negara.

Katanya beliau tidak menyalahkan anak buahnya sebaliknya mendakwa pengadil berat sebelah sehingga menyebabkan skuad kumite wanita kalah 1-2 kepada Indonesia pada final acara berpasukan semalam.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya bagaikan sudah diatur sejak awal lagi," katanya kepada pemberita selepas pulang dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Selasa.

"Saya bukannya mencari alasan tapi inilah kebenarannya kerana pengadil dari Taiwan dan Singapura sering tidak memihak kepada atlet kita.

"Buat masa ini biarlah saya berehat sebentar dan selepas keadaan kembali reda saya berjanji kepada anda (media) untuk memberi penjelasan," katanya.

Katanya beliau gembira kerana skuad itu melepasi sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) dengan menyumbang empat emas tetapi sedikit kecewa kerana gagal menyamai sasaran enam emas oleh Persekutuan Karate Malaysia (Makaf).

Sementara itu, Arivalagan meminta G. Yamani memikirkan semula hasratnya untuk bersara selepas temasya itu kerana pasukan negara masih memerlukan khidmatnya.

"Saya minta beliau agar tidak membuat suatu keputusan yang melulu kerana negara amat memerlukan khidmat dan pengalamannya yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan