MAKAF Diarah Siasat Isu Pengadilan Berat Sebelah

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) diarah menyiasat kenyataan ketua jurulatih P.Arivalagan yang mendakwa pegawai Malaysia terbabit dalam isu pengadilan berat sebelah pada Sukan SEA ke-26 sehingga skuad kumite wanita kalah 1-2 kepada Indonesia di final pada Isnin.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jika dakwaan itu benar, pegawai Malaysia berkenaan boleh dianggap membelot pasukan negara dan ini perbuatan yang amat memalukan.

Beliau juga meminta Persekutuan Sukan SEA supaya turut mengkaji mutu pengadilan acara dalam temasya itu yang sedang berlangsung di Jakarta dan Palembang.

"Persekutuan Sukan SEA perlu melihat perkara ini kerana ia boleh menjejaskan ketelusan dalam mutu pengadilan sukan," katanya pada sidang media Kejohanan Futsal 1Malaysia (F1M) di sini, Selasa.

Akhbar hari ini melaporkan Arivalagan mendakwa ada pegawai Malaysia yang sengaja merancang dan menetapkan pemberian pingat emas sehingga membolehkan Indonesia membolot 10 daripada 16 emas yang diipertandingkan dalam acara karate pada temasya dwitahunan itu.

Arivalagan, yang membimbing skuad negara 2004, turut mendakwa perkara itu didalangi pegawai dari Malaysia bagi memastikan dirinya disingkirkan daripada tugasnya.

Skuad karate telah menyumbang empat pingat emas, dua perak dan lapan gangsa pada temasya kali, sekali gus mencapai sasaran empat emas yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Bagaimanapun, MAKAF memsasarkan enam emas.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim meminta Arivalagan membuat laporan kepada MSN berhubung dakwaan itu sebelum siasatan menyeluruh dilakukan terhadap pegawai berkenaan.

Katanya jurulatih itu perlu bertanggungjawab atas dakwaan itu dan perlu mengemukakan bukti dalam membantu siasatan.

Menurutnya kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan dan memastikan hukuman setimpal dikenakan jika benar ada pegawai Malaysia yang melakukan demikian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan