Jelajah Borneo 2012 Dijangka Mencabar

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laluan dari Sepilok, Sandakan ke Hotel Perkasa di Kundasang, peringkat empat pertandingan lumba basikal Jelajah Borneo 2012 yang akan diadakan pada April tahun depan, dijangka paling mencabar.

Presiden Persatuan Basikal Sabah (SCA) yang juga pengerusi kejohanan itu Raijas Anang berkata pelumbaan julung kali sejauh 674.4 kilometer selama lima hari itu akan bermula 27 April di Semporna dan tamat di Kota Kinabalu pada 1 Mei, menjangkakan laluan Sepilok-Kundasang sepanjang 211.3km adalah yang paling getir.

Ini bukan sahaja masa kayuhan yang lama tetapi juga perlu mendaki kawasan tanah tinggi Kundasang, kaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara yang pastinya amat mencabar, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kejohanan itu oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.

Katanya kejohanan itu yang diiktiraf sebagai perlumbaan status 2.2 oleh Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) dan turut diiktiraf Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), akan meliputi lima peringkat iaitu Semporna Tawau, Lahad Datu dan Sandakan sebelum ke Kundasang dan tamat di pantai barat Sabah, meliputi daerah Kota Kinabalu, Papar dan Penampang.

Peringkat pertama ialah Sirkit Padang Bandaran Semporna meliputi jarak 68 km, peringkat dua dari Waterfront, Tawau ke Lahad Datu (143.7 km), peringkat tiga dari Lahad Datu ke Bandar Indah Sandakan (160.1 km), peringkat empat dari Sepilok, Sandakan ke Hotel Perkasa Hotel, Kundasang (211.3 km) dan peringkat akhir ialah Anjung Senja, Kota Kinabalu (91.3 km).

"Lima pasukan negara asing iaitu tiga dari Filipina dan dua dari Jepun telah menyatakan minat untuk menyertai perlumbaan ini walaupun kami masih belum lagi membuka tawaran kepada mana-mana pasukan," katanya.

Raijas berkata penganjur masih mencari penaja ekoran pertandingan itu dijangka menelan kos RM7 juta, yang antara lain disebabkan kos pengangkutan yang tinggi.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan