Sukan Sea: Tauran Raih Gangsa Dalam Acara Lawan Pedang

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Alet lawan pedang negara Tauran Noor Iskandar meraih pingat gangsa dalam acara Foil individu pada Sukan SEA ke-26 di gelanggang Universiti Indonesia, dekat sini, Isnin.

Dalam perlawanan separuh akhir, Tauran kalah 6-15 kepada peserta Thailand, Suppakorn Sritang manakala rakan senegara Suppakorn, Nontapat Panchan mengalahkan peserta Indonesia Sinatrio Raharjo 15-3.

Mengikut peraturan pertandingan, peserta yang kalah pada saingan separuh akhir akan diberikan pingat gangsa.

Dalam perlawanan akhir, Nontapat mengatasi Suppakorn 15-5 untuk menggondol pingat emas.

Pada Ahad, skuad lawan pedang negara melakarkan kejutan apabila menyumbang pingat emas menerusi Joshua Koh dalam kategori Epee individu, sekali gus mengakhiri penantian selama 22 tahun skuad itu untuk meraih emas Sukan SEA.

Malaysia kali terakhir merangkul emas dalam acara itu ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan