Sukan Sea: Pekerja Indonesia Di Malaysia Kesal Dengan Tindakan Penyokong Mereka

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rata-rata rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia berasa malu dan kecewa dengan tindakan sebilangan kecil penyokong Indonesia yang tidak menghormati sensitiviti kontinjen negara yang sedang beraksi pada Sukan SEA ke-26 di Palembang dan Jakarta.

Media Malaysia yang sedang membuat liputan temasya Sukan SEA di Jakarta melaporkan bahawa penyokong Indonesia bersikap kurang peka apabila tidak menghormati lagu kebangsaan setiap kali ianya dimainkan ketika upcara penyampaian pingat.

Mereka juga dikatakan sengaja membuat prvokasi dan mengejek atlet Malaysia setiap kali mendapat mata ketika beraksi dalam sesuatu kejohanan.

Seorang warga Indonesia Tony Abdullah, yang bekerja di sini, berkata beliau rasa sedih dengan tindakan tersebut dan ianya tidak sepatutnya dilakukan oleh penyokong negaranya.

"Saya sifatkan tindakan tersebut memalukan kerana ianya mencemarkan semangat kesukanan dan harap ianya tidak berulang lagi kerana rakyat Indonesia terkenal dengan budi bahasa," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Tony, 40, yang bertugas dengan sebuah pusat rawatan dialisis, berkata beliau tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan penyokong Indonesia pada temasya sukan dwitahunan itu.

"Mereka (rakyat Indonesia) yang berada di sana tidak tahu keadaan di sini (Malaysia) di mana kerajaan Malaysia memberi layan baik kepada rakyat Indonesia yang mencari rezeki dan belajar di sini," katanya.

Beliau berharap tindakan tersebut segera diberhentikan demi menjaga hubungan baik antara kedua negara yang akrab sekian lama.

Tukang kasut yang hanya ingin dikenali sebagai Anang, 30, berkata beliau sama sekali tidak menyokong tindakan yang disifatkan tidak menghormati orang lain itu.

"Saya sedih bila mereka (penyokong Indonesia) sanggup melakukan perkara tersebut tanpa berfikir panjang sedangkan ramai rakyat Indonesia hidup aman mencari rezeki di Malaysia," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan