Sukan Sea: Chai Lin Ke Sukan Olimpik

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Perenang wanita negara, Khoo Cai Lin berjaya menempah tiket ke temasya Sukan Olimpik London 2012 dalam acara 400m gaya bebas selepas melepasi masa kelayakan di Sukan SEA ke-26 di sini malam Isnin.

Di Pusat Akuatik Jakabaring di sini, Cai Lin menggondol pingat perak dengan catatan masa empat minit 16.54 saat, sekali gus mengatasi masa kelayakan Sukan Olimpik kategori B iaitu 4:18.75s.

Ini merupakan aksi kali kedua bagi perenang berusia 23 tahun itu pada temasya Sukan Olimpik selepas mengambil dalam acara 400m dan 800m gaya bebas pada Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

"Saya bangga dengan keputusan ini dan inilah yang saya inginkan," katanya.

Sebelum ini, Cai Lin sudah layak ke Sukan Olimpik London dalam acara 800m gaya bebas di bawah kategori B apabila mencatatkan masa 8:49.28s pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-54 pada Mei lalu.

Catatan masa itu telah mengatasi masa kelayakan kategori B iaitu 8:51.82s.

Mengenai pencapaian pingat perak di sini, Cai Lin berkata beliau bangga kerana rekod Sukan SEA yang dipegangnya iaitu 4:10.75s yang dicipta pada edisi lepas di Laos pada 2009 masih kekal.

Selain Cai Lin, skuad renang wanita negara turut menyumbang sebutir lagi pingat perak menerusi Chan Kah Yan dalam acara 50m kuak lentang.

Beliau mencatatkan masa 29.55s, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya iaitu 29.70s.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh perenang Singapura Shana Lim dengan masa 29.37s manakala perenang Filipina, Dorothy Grace Hong, membawa pulang pingat gangsa dengan catatan masa 29.96s.

Dalam pada itu, skuad lelaki 4x400m gaya bebas -- Foo Jian Beng, Kevin Yeap, Vernon Lee dan Lim Ching Hwang -- dibatalkan penyertaan selepas memulakan pertandingan lebih awal daripada isyarat lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan