Sukan Sea: Adrian Raih Gangsa Dalam Acara Individu

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Persembahan hambar pemain skuad lelaki negara menyaksikan hanya Adrian Ang berjaya menghadiahkan pingat gangsa dalam pembuka tirai acara tenpin boling Sukan SEA ke-26 Indonesia di Pusat Boling Jaya Ancol di sini, Selasa.

Dalam saingan acara individu lelaki, pemain berusia 23 tahun itu memulakan cabaran dengan catatan sederhana 187 jatuhan pin sebelum mencipta 195, 267, 217, 238 dan 255 untuk mengumpul 1,359 jatuhan pin, ketinggalan 27 pin di belakang pemenang pingat emas, Frederick Ong dari Filipina.

Pingat perak disandang pemain Filipina Jeremy Posadas dengan jatuhan 1,365 pin.

"Saya berpuas hati dengan persembahan saya Cuma balingan saya pada set terakhir (set enam) kadang kala hanya meninggalkan satu pin dan ini membolehkan pemain Filipina (Jeremy) itu memintas saya dengan kelebihan enam pin," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, dua pemain negara yang terlebih dahulu menguasai empat daripada enam set permainan iaitu pemain veteran Alex Liew dan Muhd Syafiq Ridhwan terpaksa berpuas hati di tempat kelima dan kelapan dengan masing-masing membuat 1,339 dan 1,316 jatuhan pin.

Muhd Syafiq melahirkan rasa kurang berpuas hati dengan persembahannya dan mahu menebus aksi terbaiknya pada saingan seterusnya.

"Memang terkilan....saya akui mempersia-siakan peluang setelah berada antara tangga teratas dan saya mahu tebus sumbang pingat buat negara dalam acara esok (Rabu)," katanya.

Turut kurang menyerlah ialah Zulmazran Zulkifli, Aaron Kong dan Muhd Nur Aiman Khairuddin yang masing-masing berada di tangga ke 10, 12 dan 15 daripada 41 pemain keseluruhannya.

Selepas ini, kejohanan diteruskan dengan acara individu wanita yang berlangsung lewat petang ini manakala acara berpasangan lelaki dan wanita diadakan pada Rabu.

Skuad boling negara muncul juara Sukan SEA acara itu pada edisi 2007 di Korat, Thailand dengan merangkul empat emas, tiga perak dan enam gangsa.

Bagaimanapun, acara boling tidak dipertandingkan pada edisi lepas di Laos, pada 2009.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan