Terengganu Mahu Lahir Ramai Pemain Sepak Takraw Wanita

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka akan melahirkan ramai pemain sepak takraw wanita untuk negara dalam masa beberapa tahun lagi apabila Majlis Sukan Negeri (MSN) mewujudkan program tunas harapan.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata Sekolah Menengah Bukit Sawa, Marang telah dipilih oleh MSN untuk pembangunan sepak takraw wanita.

"Saya difahamkan MSN akan menjalankan program tersebut dalam masa terdekat ini," katanya ketika ditemui Bernama selepas Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden PSTNT di sini.

Menurut Mohd Shopian, MSN mengadakan program berkenaan di Sekolah Menengah Bukit Sawa kerana MSN mendapati sekolah tersebut mempunyai ramai pelajar wanita yang berminat dalam sukan sepak takraw.

Beliau berkata kejohanan Piala Presiden PSTNT sebahagian besarnya telah disertai pelajar wanita sekolah itu.

Mohd Shapian berkata MSN telah melantik seorang guru di sekolah itu untuk menjadi jurulatih dalam program tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata pemain-pemain wanita yang keluar dari sekolah itu nanti akan diberikan pendedahan oleh PSTNT bagi memantapkan lagi skil permainan mereka.

Katanya pemain-pemain itu juga mungkin akan dibimbing oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman supaya mereka boleh mewakili negara pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shapian berkata PSTNT akan menghantar pasukan sepak takraw Sukma Terengganu berlatih dengan pasukan tentera laut Thailand di Bangkok Januari tahun depan.

Beliau berkata PSTNT memilih pasukan tentera laut Thailand untuk latihan pasukan Sukma kerana hampir keseluruhan pemain sepak takraw negara itu bekerja dalam pasukan tentera laut.

Katanya pasukan sepak takraw Sukma Terengganu dilatih oleh bekas jurulatih sepaktakraw kebangsaan Thailand, Vitayabontal. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan