Sukan Sea: Pasukan Ping Pong Hadapi Tugas Getir

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kekurangan acara yang dipertandingkan serta penarikan diri dua pemain wanita pada saat akhir Sukan SEA Indonesia menjejaskan sasaran pingat pasukan ping pong apabila hanya dua pemain lelaki menggalas cabaran negara di Dewan A GMSB, Kuningan Jakarta.

Hasrat memperbaiki kutipan pingat pada Sukan SEA di Jakarta nampaknya tidak kesampaian apabila skuad negara menerusi Mohd Shakirin Ibrahim dan Chai Kian Beng hanya akan bertanding dalam acara individu dan berpasukan.

Bagi Mohd Shakirin, 26, pengguguran acara beregu campuran dan penarikan diri dua pemain wanita itu sedikit sebanyak mengganggu peluang negara meraih pingat, namun pihaknya masih optimistik mampu membuat kejutan pada edisi kali ini.

"Acara campuran menyumbang satu pingat gangsa kepada Malaysia pada edisi Sukan SEA lalu, namun pada temasya kali ini acara tersebut digugurkan. Kita juga terpaksa terima hakikat pemain wanita tidak datang," katanya.

Tuan rumah hanya menyenaraikan empat acara individu dan beregu lelaki dan wanita tetapi tidak menyenaraikan acara berpasangan campuran pada penganjuran temasya Sukan SEA ke-26 kali ini.

Pengarah Eksekutif Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) Soong Poh Wah mengesahkan pengguguran dua pemain wanita berkenaan.

Beh Lee Wei, pemain berpengalaman yang berada pada ranking ke-65 Asia dan 112 dunia serta memungut tiga pingat gangsa pada Sukan SEA 2009, menarik diri selepas rakan sepasukannya Ng Sock Khim masih belum pulih daripada kecederaan ligamen lutut.

Pada temasya di Laos dua tahun lalu, skuad ping pong negara menyumbang tiga pingat gangsa menerusi acara perseorangan wanita, beregu wanita dan acara berpasukan.

Sebanyak satu pingat emas ditawarkan untuk acara berpasukan lelaki hari ini dengan saingan awal duo Malaysia itu bermula sebelah petang bertemu tuan rumah, Indonesia.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan