Sukan Sea: Muslifah Tidak Kecewa Raih Gangsa

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Walaupun sekadar meraih pingat gangsa dalam acara 50m Rifle Prone wanita, Muslifah Zulkifli sedikitpun tidak merasa kecewa dengan pencapaiannya pada temasya Sukan SEA ke-26 Indonesia di sini, Isnin.

Pada pertandingan yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak Jakabaring, Muslifah sekadar mengumpul 587 mata untuk pingat gangsa, sementara rakan sepasukan Nur'ain Ibrahim sekadar di tempat ketujuh dengan 584 mata.

Pingat emas acara itu dimenangi penembak tuan rumah, Maharani Ardy dengan 593 mata, manakala Vitchuda Pichikanjanakul dari Thailand meraih pingat perak dengan 592 mata.

"Saya bersyukur dapat menang pingat gangsa di sini. Semasa di Laos, saya menang pingat gangsa juga tetapi dalam kategori berpasukan. Di sini, hanya acara individu dipertandingkan," katanya.

Muslifah pada awalnya mendahului peserta-peserta lain tetapi dapat dipintas oleh penembak Indonesia dan Thailand.

"Pada peringkat awal saya sudah mendapat rentak tapi bila cuaca menjadi agak gelap, saya susah hendak melihat sasaran pada siri kelima. Empat bidikan saya hanya dapat 9.9 mata sahaja itu yang buat sedikit kecewa," kata Muslifah.

Menurut penembak yang berasal dari Pulau Pinang itu, tumpuannya kini terarah kepada Kejohanan Asia di Doha, Qatar pada Januari tahun depan bagi kelayakan ke Sukan Olimpik.

Dalam satu lagi acara menembak di Sukan SEA Indonesia yang melibatkan penembak negara, Jonathan Wong sekadar di tempat ketujuh dalam pertandingan akhir acara 10m Air Pistol dengan hanya 659 mata.

Acara itu dimenangi penembak dari Vietnam Hoang Xuan Vinh dengan 675.3 mata. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan