SUkan SEA: Karate Sumbang Emas Pertama Dari Jakarta

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Shaharudin Jamaludin berjaya menebus kekalahan kakaknya, Jamalliah semalam dengan memenangi emas pertama dari Jakarta dalam sukan karate Sukan SEA ke-26 di Indonesia.

Atlet Malaysia berusia 23 tahun itu menewaskan pencabarnya dari Vietnam, Minh Phung 5-2 pada pertandingan akhir Lelaki Individu Kumite Bawah 75 kilogram, yang diadakan di Stadium Tertutup Tenis, di sini pada Ahad.

Dua pingat gangsa dimenangi Mondolu dari Indonesia dan Badil dari Filipina.

Pada peringkat suku akhir, Shaharudin mengalahkan Songwut dari Thailand 9-1 dan menewaskan Badil 5-2 pada separuh akhir.

"Saya sangat gembira dapat meraih emas pertama dari Jakarta untuk kontinjen Malaysia. Tetapi yang lebih utama, saya berjaya menebus kekalahan kakak saya semalam," kata kepada pemberita di sini.

Kakaknya, Jamalliah gagal meraih pingat emas pertama yang diharap-harapkan dari Jakarta semalam dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara wanita individu Kumite Atas 68 kg.

Shaharudin, dari Kuala Lumpur, berkata dia telah berhadapan dengan atlet Vietnam lebih lima kali dalam pertandingan antarabangsa dan mengetahui taktik serangan lawannya.

"Ini merupakan penyertaan kali ketiga saya dalam Sukan SEA dan saya lebih tenang serta yakin untuk mengalahkan lawan. Saya memperoleh gangsa di Korat, Thailand pada 2007 dan satu lagi gangsa di Laos, dua tahun lepas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan