Terengganu Sedia Belanja Besar Ambil Pemain Import -Ahmad Said

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu bersedia memberikan peruntukan yang lebih besar kepada pasukan negeri Terengganu dan T-Team untuk mendapatkan khidmat pemain import bagi mengahadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bekata kerajaan negeri sekarang ini mengeluarkan peruntukan sebanyak RM6 juta semusim untuk kedua-dua pasukan berkenaan untuk menghadapi liga tersebut.

"Kalau mereka hendak pemain mahal, saya tidak masalah...tapi biar betul-betul pemain hebat ... nak bayar RM100,000 sebulan pun kita bayar," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata beliau telah mengarahkan pengurusan kedua-dua pasukan itu mencari pemain profesional luar negara yang benar-benar hebat bagi mengekalkan prestasi pasukan.

"Kita bayar mahal tidak apa memandangkan pencapaian pasukan Terengganu dan T-Team yang begitu memberangsangkan tahun ini," katanya.

Ahmad berkata beliau telah mengarahkan pengawai kedua-dua pasukan itu mencari seorang pemain bahagian tengah dan seorang penyerang dalam masa terdekat ini.

Katanya, beliau tidak mahu mendengar laporan dibuat melalui agen pemain dan beliau juga tidak menghadkan dari negara mana pegawai itu hendak mengambil pemain yang diperlukan itu.

Beliau berkata walaupun Terengganu kecewa apabila gagal merangkul Piala Malaysia musim ini selepas kalah 1-2 kepada Negeri Sembilan tetapi pencapaian meraih Piala FA adalah amat baik.

Begitu juga pasukan T-Team juga menunjukkan pencapaian yang amat memuaskan dengan melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir Piala Malaysia.

"Mana ada dua pasukan dari sebuah negeri masuk separuh akhir Piala Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar itu berkata Terengganu akan membuka 32 buah gelanggang futsal tahun depan dengan perbelanjaan besar untuk kepentingan golongan belia di negeri itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan