Sukan Sea: Suryani Raih Emas Pertama Negara

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Penembak kebangsaan, Nur Suryani Mohamed Taibi menjadi penyumbang pingat emas pertama untuk Malaysia selepas memenangi acara 50m Rifel 3 Posisi pada temasya Sukan SEA ke-26 di Lapang Sasar Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring di sini, Sabtu.

Pingat gangsa menjadi milik seorang agi penembak negara Nur Ayuni Farhana. "Saya sememangnya tidak menjangkakan pingat emas pada penyertaan kali ini," kata penembak berusia 29 tahun itu ketika ditemui Bernama.

Menurut beliau, insiden kelewatan ketibaan peluru tidak menjejaskan konsentrasi beliau.

"Soal itu adalah kepada pihak pengurusan. Bagi saya, saya mahu mencuba yang terbaik dan menumpukan perhatian kepada acara yang saya sertai," kata pemenang pingat emas acara 10m Air Rifle berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2010 di India bersama Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.

Beliau kini akan tumpukan perhatian kepada acara 10m Air Rifle pada Rabu ini bergandingan dengan Shahera Rahim Raja.

Pada acara 50m Rifel 3 Posisi wanita hari ini, Nur Suryani mengumpul 679.8 mata, mengatasi saingan terdekat Sununta Majhacheep dari Thailand yang mengumpul 676.3 mata.

Nur Ayuni Farhana pula mengumpul 675.4 mata.

Selain kejayaan Nur Suryani dan Nur Ayuni Farhana, skuad menembak turut meraih dua pingat perak melalui Khalel Abdullah dalam acara 25m Standard Pistol lelaki dan Mohd Hadafi Jaafar dalam acara 10m Air Rifel lelaki.

Acara penyampaian pingat bagi pemenang-pemenang hanya akan berlangsung pada Ahad.

Pada temasya di Laos dua tahun lalu, skuad menembak negara tidak meraih pingat emas dan sekadar membawa pulang enam pingat perak dan lima gangsa menerusi 16 penembak lelaki dan wanita kebangsaan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan