Skuad Karate Raih 1 Perak 4 Gangsa

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Skuad karate negara memungut satu perak dan empat gangsa pada hari pertama acara itu setelah prospek pingat emas, Jamalliah Jamaludin dan Ricky Leong Tze Wai sekadar mendapat pingat gangsa dalam acara masing-masing pada Sukan SEA ke-26 di sini.

Jamalliah, pemenang pingat emas dua kali pada pada sukan SEA 2007 di Korat, Thailand dan di Vientiane, Laos, gagal mengulangi kejayaan sama apabila kalah kepada Thi Trang Trach dari Vietnam pada separuh akhir acara Kumite 68kg ke atas.

Pingat perak pula disandang oleh atlet tuan rumah, Mardiah Nasution manakala atlet Laos, Kiettisack Sengdaly turut berkongsi gangsa bersama Jamalliah, yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia 2010, Guangzhou, China.

Aksi memburu emas Ricky Leong dalam acara individu Kata lelaki turut tidak kesampaian apabila beliau dan peserta Filipina, Oj Delos Santos berkongsi pingat gangsa sementara atlet tuan rumah, Faizal Zainuddin menumpaskan Pham Thai Huy dari Vietnam untuk meraih pingat emas.

Bagaimanapun pasukan Kata wanita berjaya mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi yang berseni dengan menyumbang pingat perak menerusi trio Thor Chee Yee, Khaw Yee Voon, Celine Lee Xin Yi untuk melegakan kem kontinjen karate.

Dua lagi pingat gangsa disumbangkan oleh acara berpasukan kata lelaki menerusi Kam Kah Sam, Leong Tze Wai, Lim Chee Wei sementara Thor Chee Yee menyumbang gangsa dalam acara individu kata wanita.

Kejohanan karate pada hari pertama menyaksikan dominasi tuan rumah menyapu empat daripada lima emas yang dipertandingkan sementara satu emas berjaya dicuri oleh kontinjen Vietnam.

Esok, sebanyak lapan emas dipertandingkan pada hari kedua di mana sebanyak 17 pingat emas akan direbut kontinjen dari 11 negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan