Gold Coast Tuan Rumah Sukan Komanwel 2018

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Gold Coast pada Sabtu dipilih secara rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2018.

Bandar peranginan di Queensland ini mendapat hak itu setelah mengetepikan Hambantota di Sri Lanka dalam satu pengundian pada perhimpunan agung Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) di negara Caribbean iaitu St Kitts and Nevis pagi Sabtu.

Pada pengundian itu, 43 daripada 70 anggota perwakilan memilih Gold Coast, manakala 27 memilih Hambantota.

Dengan keputusan tersebut, kawasan pelancongan terkenal di Queensland itu akan menjadi bandar raya kelima Australia mencatat sejarah sebagai tuan rumah sukan berkenaan selepas Sydney (1938), Perth (1962), Brisbane (1982) dan Melbourne (2006).

Hambantota, yang mengalami kemusnahan teruk akibat dilanda tsunami pada 2004, berusaha untuk mendapatkan hak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel bagi membantunya membiayai program pemulihan secara besar-besaran. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan