Empat Pasukan Layak Ke Pusingan Kedua WCA 2011

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Empat pasukan Malaysia berjaya melangkah ke pusingan kedua dalam Divisyen Satu Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2011 setelah melepasi pusingan pertama pada Sabtu.

Pasukan Malaysia, Macdew Ronin yang beraksi dalam saingan Kumpulan B cemerlang apabila berada pada kedudukan kedua keseluruhan di belakang pasukan Reaper dari Afrika Selatan yang turut berada dalam kumpulan B dengan masing-masing mengumpulkan 4.5 mata.

Macdev Ronin hari ini berjaya mengalahkan tiga pasukan dari Australia iaitu Hostile Intentions 4-0, Tsunami 4-2, dan Hustle 4-1 serta Mega Polis Moscow dari Russia 4-1 dan seri dengan Fei-Pei 1923 dari Tahiti 2-2.

Reaper, yang merupakan juara WCA 2007, mahu menebus prestasi buruk tahun lalu setelah terkandas pada peringkat awal.

Satu lagi pasukan Malaysia yang layak ke pusingan seterusnya adalah Demonz yang berada pada kedudukan keenam keseluruhan dengan memungut 3.5 mata setelah berjaya mengalahkan pasukan Guam All Stars dari Guam 4-1 dan Infernal (Thailand) 4-2 dalam saingan Kumpulan A pada Sabtu.

Pasukan X Tioneer X Fox yang berada dalam Kumpulan A di tempat ke-10 dan pasukan Nemesis Legion, yang juga dalam Kumpulan A tempat ke-11, masing-masing memungut tiga mata.

Sementara itu, pasukan pilihan yang juga juara bertahan WCA 2010 dari Iran, Datis yang berada pada kedudukan pertama keseluruhan semalam sekadar mengumpul empat mata di belakang pasukan Reaper dan Macdew Ronin untuk tempat ketiga.

Pasukan itu yang beraksi dalam Kumpulan A kalah kepada Demonz 2-3, dan menang ke atas X Tioneer X Fox 4-0, pasukan Raskal Team (Malaysia) 4-2, Guam All Stars 4-1 dan Sydney Swat (Australia) 4-0 untuk meraih tempat ke pusingan kedua dan untuk seterusnya merebut kejuaraan kali kedua berturut-turut.

Pasukan yang dibarisi semua pemain wanita, Poison Ivy dari Norway yang beraksi dalam Kumpulan B juga turut layak ke peringkat seterusnya dengan mengumpul 2.5 mata.

Ketua pasukan Poison Ivy, Benechict Renzoberg, 24, berkata pasukannya tidak gentar untuk berhadapan dengan pasukan lain dalam Divisyen Satu yang rata-ratanya lelaki bagi memburu kedudukan terbaik dan seterusnya memburu kejuaraan kali ini.

"Walaupun pasukan lelaki memiliki stamina dan fizikal yang kuat berbanding wanita namun kami akan menggunakan strategi dan taktikal yang baik untuk mengatasi pihak lawan," katanya.

Katanya bermain di gelanggang tertutup di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Padang Mat Sirat di sini tidak menjadi penghalang kepada pasukannya kerana sebelum ini biasa bermain di gelanggang tertutup di negara mereka.

Kejohanan tiga hari itu akan berakhir esok. Esok akan diadakan saingan peringkat kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir. Kedudukan keseluruhan pasukan Divisyen Satu WCA 2011:

1. Reaper (Afrika Selatan) - 4.5 mata

2. Macdev Ronin (Malaysia) - 4.5

3. Datis (Iran) - 4

4. STK (Australia) - 4

5. Infernal (Thailand) - 4

6. Demonz (Malaysia) - 3.5

7. Hostile Intentions (Australia)- 3.5

8. KU (Jepun) - 3 9. Sydney Swat (Australia) - 3

10. X Tioneer X Fox (Malaysia) - 3

11. Nemesis Legion (Malaysia) - 3

12. Poison Ivy (Norway) - 2.5

-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan