Berita Ringkas Sukan SEA Ke-26

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Berikut adalah berita-berita ringkas aksi atlet Malaysia pada Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang pada Sabtu: KENU:

Prestasi skuad negara terus suram apabila menjadi peserta terakhir dalam kesemua tiga acara di Tasik Cipule, 90 kilometer dari sini.

Faizah Firdaus Fauzi menduduki tangga tercorot antara enam peserta dalam acara wanita 500 meter K1 dengan catatan masa dua minit, 43.710 saat, iaitu ketinggalan 41.420s dari pemenang emas Geraldine Lee dari Singapura.

Nurul Farahim Wahab yang berganding dengan Noraishah Yahya turut menduduki tempat terkahir dalam acawa wanita 500m K2, dengan mencatatkan masa 2:24.440s, jauh ketinggalan daripada pemenang emas Kieu Thi Hao/Nguyen Thi Mai dari Vietnam yang mencatatkan masa 1:53.260s.

Dalam acara wanita 500m K4, Abidah Nor Azaha, Nurul Farahim, Siti Rajiah Ali dan Noraishah Yahya turut menerima nasib sama dengan catatan masa 2:09.240s,

Pingat emas dimenangi oleh pasukan tuan rumah Indonesia Kanti Santyawati, Masripah, Rasima dan Sarce Aronggear dengan catatan masa 1:41.000s.

BERBASIKAL:

Pelumba Norshahreil Haizat Ahmad Nazali dan Muhamad Fareez Borhanudin masing-masing mencapai kedudukan ketujuh dan kesembilan dalam acara basikal bukit - Turun Cerun Bukit sepanjang 1.5 km di trek Gunung Pancar dekat sini.

Norshahreil mencatatkan masa dua minit 57.52 saat manakala Muhammad Fareez mencatatkan masa 3:03.51s. Emas diperolehi oleh pelumba Indonesia Purnomo dengan masa 2:31.45s. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan