Atlet Karate Gagal Raih Emas

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Harapan melihat kilauan pingat emas pertama negara menerusi sukan karate pada Sabtu tidak kesampaian apabila Jamaliah Jamaludin setakat meraih gangsa dalam acara kumite atas 68kg pada temasya Sukan SEA ke-26 di Indonesia.

Dalam acara yang diadakan di Dewan Indoor Tennis Senayan, beliau meraih gangsa bersama dengan atlet Laos, Kiettisack Sengdal selepas masing-masing kalah di saingan separuh akhir kepada atlet Vietnam dan atlet tuan rumah.

Atlet muda bukan pilihan dari Vietnam, Thach Thi Trang memperoleh emas manakala atlet Indonesia, Mardiah Nasution meraih perak.

Jamaliah, pemenang pingat perak Sukan Asia 2010, itu gagal mempertahankan emasnya yang diraih pada edisi 2009 di Vientiane, Laos dan sebelum itu di Korat, Thailand pada 2007.

Ini sekali gus meranapkan impian atlet berusia 27 tahun ini untuk mencipta hatrik setelah aksi yang kurang konsisten dipamerkan dalam pertandingan tersebut seperti yang diharapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

"Ini pertemuan pertama saya dengan atlet muda dari Vietnam itu. Saya kecewa dengan diri sendiri dan minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal raih emas pertama buat negara.

"Saya sebenarnya mampu menang tetapi saya mula hilang fokus setelah dia (atlet Vietnam) mendahului saya satu mata atas kesilapan taktik yang saya buat hinggakan dia ambil peluang tersebut semasa saya hadapi tekanan tinggi," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.

Turut gagal menepati ramalan emas bagi acara kata individu lelaki dan wanita Ricky Leong Tze Wai dan Thor Chee Yee apabila masing-masing terkandas di saingan separuh akhir.

Dalam acara kata individu lelaki, Ricky dan peserta Filipina, Oj Delos Santos bersama meraih pingat gangsa sementara atlet tuan rumah, Faizal Zainuddin menumpaskan Pham Thai Huy dari Vietnam untuk meraih pingat emas.

"Saya telah membuat aksi yang terbaik namun terpaksa akur dengan keputusan juri," kata Ricky yang merupakan pemenang pingat emas individu Kata Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Bagi individu wanita pula, Thor bersama atlet Thailand Yanisa Torrattanaw raih gangsa sementara atlet tuan rumah Flenty Enoch muncul juara setelah mengalahkan Do Thi Thu Ha dari Vietnam bagi merebut pingat emas. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan