Sukan SEA: Skuad Wanita Polo Air Tewas Lagi, Pingat Gangsa Dalam Tangan

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Skuad polo air wanita negara menutup aksi mereka di temasya Sukan SEA ke-26 di sini pada Jumaat dengan satu lagi kekalahan.

Skuad bimbingan Fan Kow Jan ditumpaskan Singapura 6-26 pada perlawanan yang berlangsung di Kolam Renang Lumban Tirta, di sini, Jumaat.

Di atas kertas, skuad polo air wanita menyumbang pingat pertama buat kontinjen negara dengan meraih pingat gangsa melalui perlawanan yang berlangsung secara 'round-robin' dan melibatkan hanya tiga buah negara selepas Thailand menarik diri di saat akhir.

Perlawanan penentuan pingat emas dan perak akan berlangsung esok di antara pasukan tuan, Indonesia dan Singapura.

"Singapura adalah sebuah pasukan berpengalaman tetapi anak buah saya sudah mencuba sebaik mungkin.

"Sekurang-kurangnya mereka sudah lebih yakin untuk menghadapi lawan yang lebih kuat dan berpengalaman," kata Fan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan