Sukan Sea: Skuad Menembak Masih Tunggu Surat Pelepasan

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Skuad menembak Malaysia di Sukan SEA Indonesia masih lagi menunggu surat pelepasan daripada pengeluar senjata dan peluru di Jerman bagi membolehkan bekalan peluru dapat dibawa ke sini sebelum hari pertandingan.

Pengurus pasukan Muzli Mustakim berkata sebagai langkah sementara, mereka terpaksa membeli peluru di sini untuk sesi latihan rutin.

"Ia bukanlah peluru yang berkualiti untuk pertandingan tetapi memadai hanya untuk latihan sahaja," katanya.

Rabu lalu, skuad tersebut tiba di sini dari Kuala Lumpur tanpa bekalan peluru ekoran larangan syarikat penerbangan.

Syarikat penerbangan itu meminta mereka mengemukakan surat pelepasan dari negara pengeluar peluru iaitu Jerman, sebagai syarat membawa peluru bersama senjata ketika mereka mendaftar masuk.

Menurut Muzli, insiden seumpama itu pertama kali berlaku kepada skuad menembak negara, di mana mereka diminta menyerahkan surat pelepasan sebagai syarat membawa peluru bersama.

Bagaimanapun, Muzli berkata pihaknya masih berharap syarikat pengeluar berkenaan dapat menghantar surat pelepasan itu dalam masa terdekat ini.

"Sebagai langkah kedua sekiranya kita masih tidak menerima surat pelepasan itu, kita perlu membeli peluru yang berkualiti khusus untuk pertandingan di sini. Itu sahaja cara untuk membolehkan atlet kita terus beraksi di sini," katanya.

Acara menembak di Sukan SEA ke-26 dijadualkan bermula dari 12 hingga 16 November di Kompleks Sukan Jakabaring.

Pada edisi Sukan SEA di Laos dua tahun lalu, skuad menembak negara membawa pulang enam pingat perak dan lima gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan