Sukan Sea: Esther Yakin Mampu Sembuh Demi Buru Emas

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Meskipun dilanda kecederaan, Esther Cheah optimis mampu mengulangi kejayaan pasukan tenpin boling negara di Korat, empat tahun lalu, seterusnya menyemarakkan semangat untuk membawa pulang pingat emas negara di Sukan SEA Indonesia.

Beliau mendapat kecederaan buku lali selepas terjatuh dari bas pasukan ketika tiba untuk menjalani latihan di Pusat Bowling Jaya Ancol pada Rabu lalu.

"Saya kini masih menjalani rawatan dari doktor Institut Sukan Negara (ISN) dan dinasihat berehat sekejap bagi memastikan saya dapat kembali berlatih dalam tempoh sehari dua lagi.

"Saya tetap yakin untuk beraksi semula sebelum acara tenpin bowling bermula pada Selasa ini. Walaupun cedera, sasaran saya tetap tidak berubah dan mahu enyumbang sekurang-kurangnya satu emas," katanya ketika ditemui pemberita semasa latihan pemanas badan di pusat boling tersebut.

Esther yang memenangi empat pingat emas Sukan SEA dalam acara beregu, trio dan berpasukan sejak edisi 2005, menjadi antara sandaran skuad negara yang mahu membawa pulang sekurang-kurangnya dua emas daripada temasya kali ini.

Bagaimanapun, acara boling tidak dipertandingkan pada edisi lepas di Laos pada 2009.

Dalam insiden tersebut, Esther terjatuh ketika turun dari bas apabila kakinya tersadung getah pintu yang tertanggal.

Namun mujurlah pengurus pasukan, B.C Cheah ketika itu berada di bawah semasa pemain itu terjatuh dan sempat menyambutnya sekali gus dapat mengelak kecederaan lebih serius.

Sementara itu, Cheah berkata skuad negara dijangka tidak berdepan masalah sekalipun jika Esther gagal pulih dalam tempoh terdekat.

"Saya yakin Esther akan dapat beraksi semula, bagaimanapun kami tidak perlu bimbang kerana mempunyai beberapa pemain lain di Kuala Lumpur yang boleh menyertai skuad di Jakarta pada bila-bila masa saja," katanya.

Pertandingan boling yang menawarkan 12 emas di sini.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan