Kejohanan Paintball: Pemain Wanita Tidak Kekok Beraksi Bersama Lawan Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Dua beradik berasal dari Malaysia yang mewakili pasukan Southern Cobra dari Brunei mahu menjadikan Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA 2011) di sini yang bermula Jumaat sebagai platform untuk membuktikan kemampuan mereka dengan membawa pasukan negara jiran itu ke peringkat lebih tinggi.

Nur Azfan Ab Khalid, 28, dan Izzah, 21, merupakan pemain wanita dari Malaysia yang dijemput untuk beraksi bersama-sama dengan lima lagi pemain Brunei, semuanya lelaki, mewakili pasukan itu, dengan kedua-dua mereka bertindak pada posisi serangan untuk pasukan yang beraksi dalam Divisyen Tiga itu.

Nur Azfan berkata mereka dijemput oleh pasukan itu memandangkan pengalaman yang mereka ada ketika bersama pasukan Khalid Team yang pernah beraksi dalam Divisyen Satu mewakili Malaysia pada Kejohanan WCA 2009.

"Kami akan gunakan pengalaman yang ada dalam sukan ini selama empat tahun untuk sama-sama membantu pasukan ini mendapat ranking terbaik dalam pertandingan kali ini," katanya ketika ditemui di venue pertandingan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Mat Sirat di sini, Jumaat.

Katanya dia dan adiknya mula berkecimpung dalam sukan ini pada 2007 bersama tiga lagi adik-beradiknya termasuk seorang lelaki dengan menyertai Liga Paintball Malaysia 2007 dan kerana itu kini mereka tidak kekok untuk menentang pasukan lelaki.

Walaupun sekadar mencari pengalaman pada mulanya, mereka akhirnya mampu membuktikan golongan wanita Malaysia mampu untuk bersaing bersama-sama dengan pasukan lelaki.

Untuk kejohanan ini, mereka menghadapi laluan yang mencabar apabila terpaksa bersaing bersama 47 pasukan tempatan dan antarabangsa dalam Divisyen Tiga bagi mendapat tempat terbaik pada kejohanan ini.

Nur Afzan berkata mereka mementingkan komunikasi dan kerjasama sesama anggota pasukan bagi membolehkan segala strategi yang dirancang dapat dilakukan dengan sempurna.

Sebanyak 153 pasukan dari 35 negara menyertai kejohanan selama tiga hari itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan