Sukan Sea: Skuad Menembak Negara Berlepas Tanpa Bekalan Peluru

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad menembak yang membawa cabaran negara pada Sukan SEA Indonesia 2011, berlepas ke Palembang pada Rabu tanpa bekalan peluru ekoran larangan syarikat penerbangan.

Pengurus pasukan Muzli Mustakim berkata syarikat penerbangan itu meminta mereka mengemukakan surat pelepasan dari negara pengeluar peluru iaitu Jerman, sebagai syarat membawa peluru bersama senjata ketika mereka mendaftar masuk.

"Selalunya kami tiada masalah. Saya rasa terkejut kerana pertama kali kami diminta surat pelepasan sebagai syarat membawa peluru bersama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Muzli berkata beliau bimbang situasi berkenaan akan menjejaskan bidikan skuad negara jika tidak mendapat bekalan peluru berkualiti pada hari kejohanan.

"Kita terpaksa mencari mekanisma terbaik bagi menyelesaikan perkara ini, sama ada mendapatkan peluru di Indonesia ataupun dengan cara lain," katanya.

Namun Muzli berharap skuad menembak yang dibarisi penembak berpengalaman seperti Hazli Izwan dan Bibiana Ng tidak tergugat dengan isu tersebut dan meneruskan cabaran bagi membawa pulang pingat untuk negara.

Sementara itu, Hazli yakin mampu membawa balik pingat tanpa mengira warna kerana beliau kini berada dalam persediaan terbaik.

"Berbekalkan latihan dan pengalaman kali kelapan beraksi di peringkat Sukan SEA adalah tidak mustahil bagi saya mendapat pingat, namun saya akan tetap berhati-hati untuk mengurangkan kesilapan," katanya.

Skuad menembak negara tidak meletak sasaran pingat, namun mereka percaya mampu membawa balik pingat tanpa mengira warna dari temasya dwitahunan itu.

Pada edisi di Laos dua tahun lalu skuad menembak negara membawa pulang enam pingat perak dan lima gangsa menerusi 16 penembak lelaki dan wanita kebangsaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan