Sukan Sea: Kim Swee Tidak Mahu Anak Buah Leka

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jurulatih skuad bawah-23 negara, Ong Kim Swee, tidak mahu anak buahnya mendabik dada dengan kemenangan 2-1 ke atas Thailand pada perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno pada Rabu hingga leka untuk berhadapan dengan Kemboja pada 13 November ini.

Kim Swee, yang nyata lega dengan kemenangan tersebut, berkata kejayaan menewaskan skuad Gajah Putih melonjakkan semangat pemain setelah seri tanpa jaringan kepada Singapura, pada Isnin lepas.

"Saya tidak mahu pemain saya mengambil mudah perlawanan menentang Kemboja nanti kerana apa-apa boleh terjadi dalam 90 minit perlawanan.

"Walaupun skuad tuan rumah (Indonesia) telah menewaskan Kemboja 6-0, mereka pastinya akan bangkit dan ia merupakan perlawanan yang sukar dijangka," katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan saingan kumpulan A itu.

Beliau menganggap perlawanan menentang Thailand adalah sukar dan mengakui pasukan bimbingan Prapol Pongpanich merupakan sebuah pasukan yang baik.

"Saya lega pemain kita malam ini berjaya atasi tekanan dan mempamerkan karektor yang baik di mana kita banyak mendapat peluang yang terhidang walaupun buntu jaringkan beberapa gol lagi.

"Percaturan menukar beberapa pemain selepas perlawanan pertama kelmarin banyak membantu kita dalam usaha perlawanan ini," katanya.

Mengulas kecederaan pemain muda, Muhd Nazmi Faiz Mansor yang dikasari pemain lawan, beliau memuji persembahan pemain berusia 17 tahun itu di atas padang malam ini yang berjaya membantu rakannya mengekang asakan pemain lawan.

"Saya cukup puas hati dengan persembahannya yang mempamerkan aksi cemerlang dan saya yakin beliau mampu bermain menentang perlawanan seterusnya.

"Kita mempunyai tiga hari dan saya percaya kecederaannya tidak begitu serius yang akan menjejaskan barisan tengah skuad negara," katanya.

Sementara itu, Pongpanich akur dengan kekalahan anak buahnya dan menganggap faktor banjir di negaranya menyebabkan persiapan Thailand kurang lancar.

"Saya mengakui Malaysia bermain dengan baik malam ini. Kami telah mencuba sedaya upaya malangnya persiapan kami tidak baik.

"Kami tiada pilihan untuk memenangi perlawanan seterusnya dan kami percaya kami boleh lakukannya apabila menentang Kemboja dua hari lagi," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan