Karathu Mahu Teruskan Tugas Sebagai Jurulatih

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak Kelantan, Datuk M. Karathu tidak menolak kemungkinan melatih mana-mana pasukan negeri selepas ini.

Karathu, 63, berkata sukan bola sepak sudah merupakan darah dagingnya dan mustahil bagi dirinya untuk berdiam diri begitu sahaja.

"Saya akan terus berkongsi segala pengalaman yang dimiliki sejak 40 tahun lalu. Tengoklah, kalau ada tawaran bagus daripada mana-mana pasukan mungkin saya sedia pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata apa pun dalam tempoh terdekat ini biarlah dirinya menghabiskan masa bersama keluarga tetapi tidak meletakkan tempoh masa untuk berehat.

"Saya sudah terlalu lama meninggalkan keluarga yang mahukan saya bersama mereka. Buat masa ini biarlah saya bersama mereka dahulu," katanya.

Karathu yang melatih pasukan Kelantan selama semusim musim ini yakin pasukan The Red Warriors mampu pergi lebih jauh lagi pada musim depan selepas beliau gagal membawa Kelantan ke final Piala Malaysia.

Namun bekas jurulatih Perak dan kebangsaan ini berjaya membawa Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Super serta muncul naib juara Piala FA.

"Saya masih meletakkan Kelantan antara pasukan yang mencabar pada musim depan dan yakin dengan senarai nama baru pemain tempatan, import serta jurulatih yang berkaliber," katanya.

Musim depan Kelantan bakal dikemudikan bekas jurulatihnya sebelum ini, Peter James Butler dan diperkuatkan dengan tiga bekas pemainnya yang membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010 iaitu Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Matt Rose.

Karathu turut mengucapkan terima kasih kepada media massa di Kelantan yang disifatkan banyak membantunya bersama Kelantan musim ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan media cetak dan elektronik di Kelantan. Sepanjang satu musim saya membimbing pasukan negeri ini, mereka semua memberikan kerjasama yang cukup baik kepada saya.

"Nasihat saya kepada media ialah tulislah perkara yang benar. Sebagai media, mereka kena temubual jurulatih dan tulis apa yang dicakapkan sahaja. Soal penulisan dari sudut pandang sendiri itu merupakan satu perkara yang lain," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan