80 Pasukan Berentap Di kejohanan boling Padang Antarabangsa Langkawi

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Sebanyak 80 pasukan dari India, Hong Kong, Singapura, Malaysia serta juara bertahan Filipina akan berentap untuk merebut Piala Mahsuri pada kejohanan boling padang antarabangsa Langkawi mulai Sabtu hingga Khamis ini.

Kejohanan kali ke-10 ini dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi yang dianjurkan bersama Lembaga Pembangunan Langkawi, Persatuan Lawn Bowls Kedah dan Persekutuan Lawan Bowls Malaysia.

Setiausaha kejohanan, Datuk Shukri Ahmad berkata India menghantar lima pasukan manakala Hong Kong dan Singapura masing-masing dua pasukan sementara bakinya adalah pasukan kelab di negara ini.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan