Joe Frazier Peninju Sejati

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joe Frazier begambar di gelanggang selepas bersara daripada arena tinju. -Foto EPA
Joe Frazier begambar di gelanggang selepas bersara daripada arena tinju. -Foto EPA

AMERIKA SYARIKAT: Joe Frazier, yang meninggal dunia akibat kanser hati pada usia 67 tahun, merupakan salah seorang peninju yang paling penting dalam era kegemilangan sukan tinju kategori heavyweight dan menjadi seteru yang disegani dalam sejarah sukan tersebut.

BBC berkata, tiga perlawanan antara Frazier dengan seorang lagi juara heavyweight dunia, Muhammad Ali pada tahun 1970an menjadi trilogi terhebat sukan tersebut dan semenjak itu nama dua lagenda ini sering dikaitkan.

Frazier menganggap beliau adalah setaraf dengan Ali di dalam mahupun di luar gelanggang dan hakikat bahawa dirinya sering dibayangi oleh peninju "terhebat" dunia itu adalah sesuatu yang mengecewakan.

Merupakan salah seorang anak lelaki dalam 13 orang adik beradik dan dilahirkan dalam keluarga petani, Frazier mula bertinju di ladang bapanya.

Dalam satu kemalangan di ladangnya, tangan kiri Frazier mengalami kecederaan teruk selepas terjatuh di kejar khinzir besar akibatnya, tangan kirinya kekal bengkok malah beliau dikenali dengan pukulan dari tangan bengkoknya itu.

Pada usia 15, Frazier meninggalkan tempat asalnya, Beaufort dan akhirnya mendiami Philadelphia, di mana beliau menipu dengan mengatakan dirinya adalah salah seorang amatur terbaik di Amerika Syarikat.

Beliau memenangi pingat emas pada tahun 1964 dalam Sukan Olimpik di Tokyo sebelum berjaya menjadi seorang peninju profesional pada tahun berikutnya.

Beliau pernah memperoleh 19 kemenangan berturut-turut dan bertemu dengan Buster Mathis dalam kejohanan heavyweight New York State Athletic Comission (NYSAC) apabila Muhammad Ali dilucutkan gelaran juara selepas enggan menyertai Perang Vietnam pada tahun 1967.

Kemudian pada tahun 1970, Frazier mengalahkan johan kejuaraan World Boxing Association, Jimmy Ellis.

Pada tahun yang sama atlet yang mempunyai nama timangan "Smokin Joe" itu menjadi peninju yang tidak boleh dikalahkan, Muhammad Ali mendapat semula lesennya untuk bertinju dan pada tahun 1971, mereka bertemu dalam satu perlawanan yang dianggap The Fight of the Century.

Ia adalah kali pertama dua peninju yang tidak pernah ditewaskan bertanding merebut gelaran juara dunia dan perlawanan tersebut menjadi perlawanan yang paling diperkatakan dalam sejarah sukan tinju.

Kedua-dua mereka dibayar dengan jumlah yang tidak pernah dibayar sebelum ini iaitu sebanyak USD2.5 juta untuk usaha mereka itu namun ramai mengaanggap perlawanan itu lebih daripada hanya mendapatkan wang.

Dalam perlawanan itu, Frazier yang pernah membantu Ali dari segi kewangan semasa Ali dipinggirkan dari perlawanan dibalas dengan beberapa kata kesat oleh Ali yang memanggil beliau sebagai "dungu", "hodoh" dan bermacam-macam panggilan kasar yang lain.

Frazier bagaimanapun mengalahkan Ali dengan pukulan tangan kiri terkenalnya dalam usaha menumpaskan seterusnya itu dalam 15 pusingan perlawanan di Madison Square Garden, New York.

Peninju itu berjaya mempertahankan gelaran juara dunia dan tanpa kalahnya itu sebanyak dua kali dalam masa 22 bulan seterusnya sebelum tewas kepada George Foreman yang menumbangkan Frazier sebanyak enam kali dalam pusingan kedua satu kejohanan di Kingston, Jamaica.

Pertemuan semula dengan Ali di dalam gelanggang pada tahun 1974 melihatkan satu perlawanan yang ganas antara mereka dan ia dipanggil "Thrilla in Manila"

Dalam satu perlawanan yang agak tegang, Ali yang ketika itu mendapat semula gelaran juara denuia selepas menewaskan Foreman 12 bulan sebelum itu kerap memanggil Frazier dengan gelaran "gorilla" dan menewaskan Frazier.

Pada tahun 1976, Frazier berhenti bertinju selepas ditewaskan sekali lagi oleh Foreman dan selepas membuat kemunculan sementara di gelanggang pada tahun 1981, beliau membuat keputusan untuk bersara.

Semasa dalam persaraan, Frazier membantu anak lelaki, Marvis dan anak perempuannya Jacquelyn Frazier-Lyde, dalam sukan tinju naun kedua-dua mereka gagal menyerlah dalam sukan tersebut.

Sejak beberapa tahun lepas, kesihatan Frazier dilaporkan kurang baik dan mengalami beberapa kesukaran hidup sehingga terpaksa menjual gim miliknya pada tahun 2009.

Beliau terus berasa tidak senang dengan Ali sepanjang masa itu namun menunjukkan beberapa petanda yang memperlihatkan bahawa dia tidak berdendam dengan Ali.

Frazier juga pernah berkata "Ali sentiasa berkata saya bukanlah sesiapa tanpa dia. Tetapi siapakah dia jika tiada saya?"

Biodata Joe Frazier

Lahir pada 12 Januari 1944, Beaufort, South Carolina.

Jumlah keseluruhan perlawanan: 37 (32 kemenangan, 27 KO, 4 kekalahan dan 1 seri).

Menang emas dalam Olimpik 1964 di Tokyo.

Juara NYSAC pada 1968 mengalahkan Buster Mathis

Juara WBA dan WBC mengalahkan Jimmy Ellis pada tahun 1970

Kemenangan juara dunia terakhir pada 1975 mengalahkan Muhammad Ali.

Berhenti pada 1976 sebelum muncul semula pada 1981 kemudian bersara.

Membuat penampilan istimewa dalam beberapa produksi Hollywood dan dua episod The Simpsons

Dia disahkan menghidapi penyakit barah hati pada September 2011.

Meninggal dunia pada 2011.

Tags / Kata Kunci: Joe Frazier , Muhammad Ali

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan