Kemenangan Menggembirakan Ke Atas Korea Selatan

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia akhirnya memperoleh kemenangan menggembirakan mengalahkan Korea Selatan 4-2 dalam kejohanan hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Dava di sini, Selasa. Setelah tewas di tangan Australia dan seri dengan New Zealand dalam dua perlawanan pembukaan di kejohanan disertai enam pasukan itu, menyebabkan Malaysia perlu menang supaya dapat terus memberi saingan terhadap pasukan-pasukan pendahulu yang lain.

Kemenangan diperolehi dengan menundukkan pasukan Korea itu menerusi serangan hebat di samping memberi pertahanan kukuh yang akhirnya mematahkan pukulan-pukulan lincah pihak lawan.

Ketua pasukan, Mohammad Nor Faeez Ibrahim mendahului kejayaan Malaysia seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti yang kemudian disamakan balik hasil jaringan Yon Seung Jun di minit ke-28. Namun, berterima kasih kepada rentak permainan Mohammad Syamin Mohammad Yusof dengan jaringan tepatnya menghasilkan Malaysia terus mara 2-1 pada minit ke-29, diikuti kemudian oleh Mohammd Ramadhan Rosli di minit ke-40 menjadikan peluang kedudukan 3-1.

Seung Jun sekali menyelamatkan Korea di minit ke-43, memperoleh sudut penalti yang kedua namun harapan mereka berkecai apabila Hizzat Sumtantri memboloskan gol lewat dengan kedudukan akhirnya menjadi 4-2 untuk Malaysia.

Australia masih lagi tanpa kalah selepas tiga perlawanan dan menumpaskan New Zealand 6-1 pada perlawanan pada Selasa. Jaringan tiga gol oleh Flynn Ogilive; dua diperolehi Jack Wallace dan satu daripada Josh Walters memberikan rekod kemenangan 100 peratus serta harapan Australia sampai ke perlawanan akhir Ahad ini sudah hampir dicapai.

Perlawanan hari Rabu adalah Korea Selatan berdepan Australia; India menentang New Zealand; Malaysia bertemu Pakistan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan