Hoki: Malaysia Kalah Tipis 2-1 Kepada Australia

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia menunjukkan persembahan bertenaga sebelum kalah tipis 1-2 kepada Australia pada Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Stadium Daya, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, Australia menampilkan corak permainan pantas serta benteng pertahanan yang kebal untuk melakukan penyudah yang sempurna melalui jaringan William Shaw pada minit ke-21 dan Josh Walters pada minit ke-62.

Biarpun gagal memungut mata, Malaysia berjaya menandingi kehebatan pasukan pilihan itu dengan gerakan pantas dan aksi cemerlang penjaga gol Mohd Hafizzudin Othman.

Australia menerima pukul sudut penalti pada babak pertama dan pukulan tersebut menyebabkan bola terkena badan pemain pertahanan Malaysia, Zulhairi Hashim di depan pintu gol.

Pengadil tidak keberatan untuk memberi pukulan penalti kepada Australia yang disempurnakan oleh Shaw.

Bagaimanapun, gol awal itu kekal sehingga babak pertama berakhir dan Malaysia yang dibarisi skuad Projek 2013 begitu bersemangat dengan pendekatan memburu jaringan penyamaan sebaik bermula babak kedua.

Namun, gol kedua Australia oleh Walters telah menjejaskan tumpuan anak buah Mohd Dharma Abdullah sebelum ketua pasukan Mohammad Nor Faeez Ibrahim merapatkan jaringan pada saat-saat akhir perlawanan iaitu pada minit ke-70.

Pada perlawanan pembukaan hari ini, Korea Selatan mengalahkan India 6-4 manakala New Zealand menang tipis 1-0 ke atas Pakistan. Esok, Malaysia akan berdepan dengan New Zealand (8 malam), Korea Selatan menentang Pakistan (4 petang) dan Australia bertemu India pada pukul 6 petang.

Kejohanan enam negara itu menyaksikan penyertaan pasukan Australia, India, Pakistan, New Zealand, Korea Selatan dan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan