Penyokong Bola Sepak Terengganu Adakan Demonstrasi

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,000 penyokong tegar bola sepak Terengganu mengadakan perhimpunan secara aman selama 30 minit di luar perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada Jumaat.

Perhimpunan bermula 5 petang tadi bertujuan mendesak campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berhubung penstrukturan semula Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Perhimpunan itu turut meminta perubahan dalam pengurusan PBSNT serta mendesak pengunduran segera presidennya iaitu Datuk Che Mat Jusoh kerana didakwa berlakunya penyelewangan dan salahguna kuasa.

mengemukakan memorandum membabitkan lima perkara berbangkit di mana antaranya mendesak agar pengurusan tertinggi PBSNT dirombak segera serta menyiasat permasalahan yang berlaku dalam persatuan.

Menurut wakil penganjur, Khairul Amri Salah Fikri At-Taranjani, 23, keputusan untuk menganjurkan Demonstasi Kebangkitan Bola Sepak Negeri Terengganu itu diambil berikutan tidak berpuas hati dengan sikap pengurusan PBSNT yang ternyata gagal mentadbir dengan baik.

Katanya semua peminat bola sepak di negeri itui juga berharap agar kepimpinan baru yang bakal dibentuk nanti perlu lebih komited untuk menjaga kebajikan pemain dan jurulatih.

Ketika ditanya langkah seterusnya yang bakal diambil sekiranya tiada perubahan selepas perhimpunan itu, katanya pihaknya tidak akan berputus asa, sebaliknya akan terus bergerak ke semua daerah.

Pihaknya juga memberi kata dua kepada Menteri Besar sama ada ingin menyelesaikan segera kemelut berkenaan atau bakal kehilangan sokongan golongan muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka bila-bila masa sahaja.

Kemelut pengurusan atasan PBSNT semakin melebar setelah Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim memutuskan untuk tidak bersama Skuad Penyu untuk musim depan hingga timbul pelbagai dakwaan yang mengatakan pengunduran pengendali kelahiran Kelantan itu adalah disebabkan campur tangan pengurusan tertinggi persatuan itu.

Bagaimanapun, Irfan Bakti dalam kenyataan balasnya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, sebaliknya mengundurkan diri atas faktor peribadi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan