Skuad Petanque Puas Hati Dengan Gelanggang Di Palembang

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan padang dan kemudahan bagi acara petanque yang memuaskan di Palembang, Indonesia diharap mampu menyumbang satu pingat emas buat skuad negara ke Sukan SEA yang bermula minggu depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Petanque Malaysia (PPM), Shaari Shamsudin berkata acara tersebut akan diadakan di Gelanggang Petanque yang terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Jakabaring.

"Satu pasukan khas teknikal PPM telah dihantar terlebih dahulu bagi meninjau dan memantau keadaan di sana untuk memastikan semuannya berjalan lancar dan mereka berpuas hati dengan keadaan gelanggang itu," katanya, Jumaat.

Shaari berkata menurut laporan pasukan teknikal tersebut, keadaan stadium dari segi padang dan kemudahan berada pada tahap sempurna dan memenuhi segala kriteria yang ditetapkan oleh International Federation of Petanque and Provencal (FIPJP).

"Walaupun tiada sebarang sasaran yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) buat pasukan petanque namun saya yakin kami akan memberi kejutan pada temasya itu nanti," katanya.

Acara petanque pada edisi di Indonesia menawarkan sebanyak 11 pingat emas.

Pada Sukan SEA Laos 2009, skuad petanque memperoleh dua perak dan satu gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan