Skuad Paragliding Ke Sukan Sea Sasar Dua Emas

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Paragliding yang merupakan acara baru dalam temasya Sukan SEA di Indonesia diharapkan akan menyumbang dua pingat emas kepada pasukan kontinjen negara ke kejohanan itu.

Mohd Khairul Kamaruddin salah seorang peserta negara yang akan menggalas cabaran sukan itu berkata sasaran dua emas adalah realistik berdasarkan prestasi semasa peluncur negara menyertai pertandingan dalam negara yang disertai peluncur dari serata negara termasuk Asia Tenggara.

Beliau berkata sukan ekstrim ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Accuracy Landing, Race to Goal dan Open Distance yang dijadual akan mengambil tempat di Gunung Mas Puncak, Bogor, Jawa Barat.

Malah pemuda berusia 29 tahun ini juga merupakan peluncur harapan emas bagi kategori Race to Goal yang ditetapkan oleh Persatuan Paragliding Malaysia.

"Kita juga menyasarkan Muhamad Faridil Fadzreen Nordin mampu menyumbang pingat emas kerana dia merupakan juara Open Distance tahun lepas dalam pertandingan Jempul Paragliding Cross Country International.

"Pada masa itu antara yang menyertai adalah dari Thailand, Taiwan, Afrika Selatan, Indonesia dan England. Malah beberapa peluncur kita telah beberapa kali menyertai pertandingan antarabangsa seumpama itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya oleh kerana mengikut arus teknologi, sukan tersebut kini banyak menggunakan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) bagi menentukan lokasi dan membuat pendaratan ke tempat yang ditetapkan.

"Sukan ini dianggap berisiko dan segala peluncuran perlu menggunakan GPS bagi mengelakkan kita tidak tersasar dari landasan ataupun mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku," katanya yang merupakan jurutera sektor minyak dan gas di syarikat swasta.

Mohd Khairul berkata pasukannya pergi ke Indonesia di bawah tiket kategori B oleh kerana sukan ini masih baru dipertandingkan dalam sukan SEA.

"Oleh kerana kita menggunakan duit poket sendiri, segala perbelanjaan adalah terbatas dan peralatan yang digunakan kurang hebat berbanding pasukan tuan rumah kerana mereka mendapat tanggungan penuh daripada kerajaan mereka.

"Namun ia bukanlah masalah besar kerana skil adalah penting bagi mengendalikan sukan tersebut," katanya yang telah lima tahun menceburi sukan ekstrim yang bermula secara suka-suka.

Mengikut peraturan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), atlet yang layak secara merit ke sesuatu temasya diletakkan di bawah kategori A di mana segala perbelanjaan ditanggung oleh MOM tetapi atlet yang tidak layak secara merit tetapi turut diberi peluang untuk beraksi, berada di kategori B.

Persatuan perlu menanggung sendiri perbelanjaan atlet kategori B tetapi MOM akan membayar kembali jika atlet tersebut berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat perak.

Katanya segala persiapan mental dan fizikal telah dibuat bersama 13 rakannya bagi menghadapi temasya ini.

"Kami yakin mampu mampu membuktikan sesuatu pada kejohanan ini," katanya.

SENARAI NAMA PESERTA:

LELAKI:

Muhamad Faridil Fadzreen Nordin, Christopher F. Lammert, Mohd Nafi Sulaiman, Nasaruddin Abu Bakar, Abd Rahman Baharin, Marazmizal Omar dan Mohd Khairul Kamaruddin.

WANITA:

Nur Shazlisha Sahar, Nur Shaziylia Sahar, Norhayati Jamaludin, Asmawati Ahmad, Tan Seng Jiu, Asjanita Aini Abu Hassan dan Suhaila Subi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan