Malaysia Sasar 45 Pingat Emas Di Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seminggu menjelang perasmian Sukan SEA ke-26 di Indonesia, Majlis Sukan Negara akhirnya mengumumkan 45 pingat emas sebagai sasaran kontinjen negara pada temasya itu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengumumkan perkara itu menjelaskan sasaran itu adalah realistik berdasarkan prestasi semasa atlet kebangsaan dan kekuatan pasukan lawan.

"Kita sasarkan yang realistik. Walaupun banyak acara yang kita sertai, kita juga harus mengambil kira kelebihan yang ada pada tuan rumah khususnya pada sukan-sukan yang melibatkan permarkahan secara subjektif," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di IOI Resort di sini, Khamis.

Beliau berkata Malaysia kehilangan beberapa pingat emas dalam acara tertentu akibat kecederaan ayam tambatan negara seperti jaguh renang Daniel Bego dan wira karate Mohd Hatta Mahamut yang kedua-duanya pernah meraih emas pada temasya itu sebelum ini.

Malaysia juga tidak menghantar pasukan terkuat untuk bertanding dalam beberapa sukan seperti badminton serta tidak menurunkan ratu wushu negara Chai Fong Ying, katanya.

"Contohnya badminton, yang diturunkan adalah barisan pelapis berikutan Lee Chong Wei dan lain-lain sedang fokus terhadap Olimpik manakala Chai Fong Ying tidak kita turunkan kerana tidak mahu beliau menjadi korban pada sistem pemarkahan yang subjektif," katanya.

Ahmad Shabery berkata antara sukan yang dilihat berpotensi menyumbang emas adalah terjun, renang, renang berirama, olahraga, memanah, tenpin boling dan berbasikal trek.

Malaysia menghantar seramai 872 atlet dan pegawai ke temasya itu bagi menyertai 38 acara yang dipertandingkan.

Sukan SEA kali ini diadakan di Palembang dan Jakarta bermula 11 hingga 22 November ini.

Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaikan kata-kata semangat kepada para atlet yang mengambil bahagian pada temasya itu.

Beliau turut menyerahkan Jalur Gemilang sebagai simbolik amanat rakyat Malaysia kepada Ketua Kontinjen Datuk Naim Mohamad yang kemudiannya memberikan bendera itu kepada atlet menembak Nur Suryani Mohamed Taibi selaku pembawa panji negara.

Ahmad Shabery turut menyampaikan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada beberapa orang atlet yang mencapai kejayaan cemerlang tahun ini.

Antaranya ialah Chai yang meraih jumlah insentif tertinggi RM100,000 setelah merangkul emas dan gangsa dalam Kejohanan Wushu Dunia di Ankara, Turki bulan lepas.

Penerima lain termasuk atlet boling Jacqueline Sijore yang menjuarai Kejohanan Boling Wanita di Hong Kong, skuad memanah yang membawa pulang dua emas dan dua perak menerusi Kejohanan Memanah Asia di Tehran, Iran serta skuad wushu pada Kejohanan Wushu Dunia.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan