Larian Malakoff-UTM Eco 2011 Sasar 1,400 Peserta

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menyasarkan 1,400 peserta bakal menyertai Larian Sulung Malakoff-Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Eco 2011 pada 26 November ini di Pusat Sukan UTM, Skudai, Johor.

Dengan tema ‘Larian Untuk Kesedaran Alam Sekitar’, inisiatif ini adalah sebahagian daripada platform Tanggungjawab Sosial Korporat kebanggaan Malakoff, iaitu Kerjasama Komuniti Malakoff.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Luar Malakoff, Yusof Rashid berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan UTM yang selari dengan hasrat untuk menggalakkan penyertaan komuniti dalam sukan melalui platform CSR.

“Larian bertema ekologi ini adalah cara terbaik untuk mendidik para peserta supaya menghargai dan memelihara sistem ekologi kita yang mudah terjejas.

“Malakoff sentiasa menyokong acara sukan komuniti, terutamanya acara yang mempromosikan tujuan yang baik seperti Malakoff-UTM Eco Run 2011 ini.

"Tambahan pula, larian ini akan mengumpulkan individu daripada pelbagai latar belakang melalui aktiviti yang seronok dan menyihatkan, “ katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Yusop berkata, selain daripada sumbangan kewangan, Malakoff akan menyediakan sokongan sepenuhnya dan bekerja rapat dengan UTM untuk memastikan perlumbaan ini berjalan dengan lancar.

“Dengan kepakaran Malakoff dalam menganjurkan perlumbaan, kami berhasrat menjadikan Malakoff-UTM Eco Run ini sebagai satu acara tetap di negeri Johor dan menggalakkan pelumba berpotensi di wilayah ini.

“Kami yakin dengan sokongan yang diberikan oleh para atlet tempatan, acara Malakoff-UTM Eco Run akan berjaya,” katanya.

Sebanyak enam kategori disediakan termasuk Kategori Terbuka (jarak 21km, Lelaki berumur antara 18 dan 39 tahun dan Wanita berumur antara 18 dan 34 tahun), Kategori Veteran (jarak 15km, Lelaki berumur 40 tahun ke atas dan Wanita berumur 35 tahun ke atas), Kategori Antara Jabatan (jarak 15km, Lelaki dan Wanita), Kategori Antara Universiti (jarak 15km, Lelaki dan Wanita), Kategori Remaja (jarak 10km, Lelaki dan Wanita berumur antara 15 dan 18 tahun) dan Kategori ‘Fun Run’ (jarak 5km, Lelaki dan Wanita).

Paling menarik, seramai 50 pemenang bakal meraih wang tunai berjumlah RM8,000 keseluruhan.

Program ini menawarkan tiga pakej dengan yuran penyertaan antara RM30 dan RM50 bagi seorang peserta.

Para peserta mempunyai pilihan untuk menyertai larian sahaja atau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar yang dianjurkan sehari sebelum larian, dengan pilihan untuk tempahan awal penginapan.

Selaras dengan tema ekologinya, UTM turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk peserta sehari sebelum larian termasuk termasuk ceramah mengenai pemeliharaan alam sekitar serta aktiviti luar seperti menunggang kuda, berkayak dan mesin mendayung.

Untuk maklumat lanjut mengenai larian akan datang ini, termasuk peraturan dan undang-undangnya, sila layari www.malakoff.com.my.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan