Bonus Jika Menang Pingat Dalam Acara Sukan Tradisional - Danyal

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adalah menjadi bonus bagi kontinjen Malaysia sekiranya peserta negara mampu meraih pingat emas daripada sukan tradisional dan ekstrem dalam Sukan SEA ke-26 yang dianggap memberi kelebihan kepada tuan rumah Indonesia untuk menambah jumlah kutipan pingat.

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata walaupun kontinjen negara turut menyertai jenis sukan berkenaan namun tumpuan utama Malaysia ialah jenis sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik, Asia dan Komanwel.

"Bagi kontinjen Malaysia, jika menang pingat daripada sukan tradisional dan ekstrem itu ia dianggap bonus walaupun tumpuan kita pada sukan bertaraf Olimpik seperti badminton dan berbasikal," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Antara sukan tradisional yang dipertandingkan di Sukan SEA Indonesia yang secara rasmi akan bermula pada Jumaat depan ialah acara perlumbaan perahu tradisional sementara sukan ekstrem pula seperti mendaki tembok tiruan dan luncur angin.

Terdahulu, Danyal menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 16 dan 14 tahun) Kuala Lumpur 2011.

Sekolah Menengah Chong Hwa (Persendirian) juara bagi dua kategori iaitu lelaki bawah 16 tahun dan lelaki bawah 14 tahun manakala Sekolah Menengah Taman Connought menjadi johan bagi kategori perempuan bawah 16 tahun manakala Sekolah Menengah Jinjang menjuarai kategori perempuan bawah 14 tahun.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan