Sukan Paintball Semakin Dapat Perhatian

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penaung Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA), Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim berharap kejohanan yang akan berlangsung di Pulau Langkawi pada 10 sehingga 13 November ini menjadi landasan terbaik untuk mengembangkan lagi acara itu di Malaysia.

Tunku Puteri Intan berkata, kejohanan tersebut antara ketiga terbesar di dunia dan pihaknya berasa gembira ia diadakan di Malaysia, khasnya di Langkawi.

"Di Kedah acara ini semakin dikenali selepas menerima sambutan baik pada acara Piala Sultan Kedah sempena Hari Penyayang beberapa tahun lalu. Saya sendiri nampak sukan ini mempunyai potensi untuk diketengahkan ke tahap yang lebih tinggi.

"Selepas berbincang dengan pihak PALS Events dan AKR Events, kami bersetuju untuk menganjurkan kejohanan ini di mana banyak pasukan terbaik dunia akan beraksi di Langkawi nanti," katanya kepada media di sini, Rabu.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Bahiyah (YSB) yakin sukan paintball mampu menjadi terkenal seperti acara lain sekiranya pelbagai program atau perancangan dilakukan.

"Setiap jenis sukan akan mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai tahap tertinggi. Seperti skuasy, badminton atau lain-lain acara juga mengambil masa beberapa tahun untuk melahirkan pemain terbaik dunia, dan saya yakin paintball juga mampu berbuat demikian.

"Di Utara sendiri sudah ada liga untuk remaja dan saya harap lepas WCA ini kita boleh buat satu pertandingan di peringkat kebangsaan," katanya.

Edisi sulung kejohanan ini bakal menampilan kelainan apabila semua pasukan akan beraksi di lokasi tertutup yang dilengkapi penghawa dingin dengan empat lapangan bersaiz antarabangsa. Setiap satunya mempunyai keluasan 18,000 kaki persegi.

Sementara itu, lebih 30 buah negara membabitkan penyertaan 150 pasukan bakal beraksi pada kejohanan itu sekali gus menyaksikan 1,000 pencinta sukan bersatu di Langkawi.

Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Filipina, Singapura, Indonesia, Jepun, India Korea Selatan, Taiwan, Rusia dan Afrika Selatan.

Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan termasuk Division 1, Division 2, Division 3 dan Division 4.

WCA 2011 juga turut diadakan lokasi penganjuran Piala Intercontinent di mana pasukan terbaik dari setiap rantau akan bersaing untuk merebut gelaran pasukan terbaik dunia.

Turut diadakan acara sampingan Commond and Conquer yang akan berlangsung di LISRAM, Langkawi pada 13 November serta Ekspo Paintball WCA.

Pertandingan ini turut menerima sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pelancongan Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah serta Perbadanan Pembangunan Langkawi (LADA).

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan