Penempatan Atlet Berselerak Dijangka Beri Masalah

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penempatan atlet yang berselerak melibatkan 18 hotel di Jakarta dan lapan hotel di Palembang pada temasya Sukan SEA dijangka memberi masalah kepada urus setia Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengendalikan kontinjen negara.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong meminta pengurus pasukan dan jurulatih bekerjasama dengan MSN dalam aspek pengendalian atlet bagi memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik untuk bertanding.

"Bagaimanapun, perkara seperti ini tidak boleh dijadikan alasan oleh atlet untuk tidak memberi persembahan terbaik.

"Anggaplah ini masalah biasa yang harus dihadapi, yang boleh dijadikan pengajaran supaya kita lebih bersedia daripada segi fizikal dan mental dan menjadikan kita lebih bersemangat," katanya ketika berucap pada perasmian Perhimpunan Fasa Akhir Kontinjen Negara ke Sukan SEA di sini, Isnin.

Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Seramai 440 atlet menyertai kem itu mulai Isnin hingga Jumaat.

Dalam sidang media selepas majlis itu, Zolkples berkata MSN bercadang membawa dua anggota polis untuk mengiringi kontinjen negara.

Beliau telah membuat permohonan bertulis kepada Ketua Polis Negara mengenai perkara itu namun belum mendapat maklumat balas.

Sementara itu, ketua kontinjen negara Datuk Naim Mohamad berkata pihaknya akan berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada atlet meskipun menghadapi masalah penempatan yang berselerak.

"Di Jakarta hotel-hotel yang diduduki atlet berdekatan dengan venue (acara) masing-masing manakala di Palembang, walaupun atlet tidak berkumpul di satu pusat penginapan, kita tidak menghadapi masalah kesesakan lalu lintas," katanya. Malaysia akan menghantar 891 atlet dan pegawai ke Indonesia, iaitu penyertaan terbesar kontinjen negara setakat ini ke temasya sukan Asia Tenggara itu. Kontinjen negara akan menyertai 38 jenis sukan pada kejohanan dari 11 hingga 22 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan