Danny Beri Saingan Hebat Pada Hari Ketiga CIMB Asia Pasifik Klasik - Sukan Ekstra | mStar

Danny Beri Saingan Hebat Pada Hari Ketiga CIMB Asia Pasifik Klasik

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain profesional golf Malaysia, Danny Chia mempamerkan saingan hebat pada hari ketiga Kejohanan Golf CIMB Asia Pasifik Klasik Malaysia selepas menamatkan permainan dengan berkongsi tangga kelima.

Pada perlawanan pusingan ketiga semalam, pemain berusia 39 tahun itu membuat catatan lima bawah par 66 untuk hari ketiga berturut-turut iaitu 11 bawah par 202 dan pada masa ini terikat, berkongsi kedudukan kelima bersama pemain Amerika Syarikat Jason Dufner dan Vijay Singh (Fiji).

Pada sembilan lubang pertama, Chia melakukan satu birdie pada par lima lubang ketiga dan kemudian pada sembilan lubang kedua, beliau berjaya mengekalkan momentum dan membenam empat birdie dan satu bogey pada pusingan bebas.

"Kemungkinan saya paling gementar pada lima lubang awal minggu ini. Saya telah menonton Vijay bermain golf di televisyen sejak saya mula bermain golf. Beliau ikon golf di Malaysia.

"Setiap lubang yang saya buat pukulan, saya dapat rasakan dia (Vijay) memerhatikan dan saya rasa gementar. Saya bermain dengan cukup tenang hari ini dan berbangga dengan diri saya kerana dapat melakukannya," kata Chia, yang memulakan pukulan bersama Vijay pada Sabtu.

Chia berkata beliau akan mengekalkan bermain dengan tenang pada pusingan akhir hari ini.

"Perkara paling penting bagi saya adalah untuk bertenang. Saya banyak belajar tentang diri saya pada minggu ini. Sebelum ini, saya banyak memberi tumpuan kepada sekeliling. Saya fikir, minggu ini saya berupaya untuk menumpukan perhatian kepada permainan saya.

"Saya cuba untuk tidak meletakkan sebarang sasaran. Itu yang saya lakukan pada minggu ini kerana saya tidak tahu kekuatan pemain (Jelajah PGA)," kata Chia. Manakala seorang lagi pemain Malaysia dalam kejohanan yang menghimpunkan 48 pemain itu, Shaaban Hussin terus bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik.

Beliau memulakan pusingan dengan catatan satu di atas par selepas melakukan dua bogey terhadap birdie tunggal pada sembilan lubang pertama dan kemudian satu lagi bogey dan dua bogey berganda pada lubang ke-11 dan ke-16, yang menghasilkan keputusan yang mengecewakan baginya.

Selepas tiga pusingan, Shaaban berada di kedudukan ke-47 dengan keseluruhan catatan enam di atas par 219. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan