Pelumba ATM Ungguli Hari Pertama Terbuka Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pelumba Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Zamri Saleh menjuarai acara 153.7 kilometer lepas beramai-ramai lelaki senior pada Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2011 di sini, Khamis.

Pelumba berusia 28 tahun itu mengambil masa tiga jam, 37 minit dan 36 saat untuk menamatkan kayuhannya dengan mengatasi pencabar terdekatnya, pelumba negara Ahmad Fakhrullah Alias dengan kelebihan satu minit 32 saat (3':38.04s).

Pelumba kelab TSG, Terengganu, Mohd Nor Umrdi Rosdi menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 3'38:06s manakala rakan sepasukannya Yusrizal Usoff menduduki tempat keempat dengan masa 3'45:55s.

Bagi acara lepas beramai-ramai lelaki junior sejauh 93.8 kilometer, pelumba Selangor, Mohd Firdaus Mohd Zonis menungguli acara itu dengan catatan masa 2'22:14s manakala pelumba Pelapis Serantau MSN Selangor, Muhammad Imran Mohd Zubir menduduki tempat kedua selepas keputusan foto penamat.

Tempat ketiga disandang oleh pelumba Terengganu Asyraf Naim Ying.

Lebih 150 pelumba termasuk dari Indonesia dan Thailand menyertai kejohanan tiga hari itu anjuran Persatuan Berbasikal Perlis dan kerajaan negeri Perlis. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan