KBS Akan Tubuhkan Badan Bertanggungjawab Untuk Acara Sukan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan bercadang menubuhkan sebuah badan yang bertanggungjawab merumuskan konsep dan melaksanakan strategi acara sukan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata badan yang dicadangkan itu juga akan membangunkan kaedah untuk mengukur jangkaan impak ekonomi ke atas negara daripada penganjuran acara sukan besar bertaraf dunia berdasarkan objektif strategi itu.

"Organisasi ini akan ditugaskan untuk menyemak dan menyelaraskan kalendar acara sukan kita untuk memastikan kita memaksimumkan pulangan daripadanya.

"Dengan itu, kita boleh menjadi destinasi utama bagi sukan di dunia seperti Melbourne di Australia," katanya semasa berucap melancarkan Ekspo Perdagangan Sukan dan Golf Malaysia (MSTGE) 2011 di The Mines International Expo and Convention Centre (MIECC) dekat sini Khamis.

Beliau berkata badan itu akan membuat penilaian ke atas pulangan pelaburan bagi sesuatu acara sukan kepada negara.

Katanya pihak yang berminat menganjurkan acara sukan boleh mendapatkan bantuan daripada badan itu kelak.

"Daripada situlah badan itu akan menentukan apakah bentuk bantuan ataupun kemudahan yang akan disediakan, selain memantau apakah kesan kepada ekonomi dan sosial," katanya.

Beliau berkata entiti perniagaan atau penganjur acara sukan sepatutnya menggunakan model perniagaan berasaskan pasaran yang berbeza menerusi pakej tajaan menarik, menyeronokkan untuk kandungan televisyen, peluang rangkaian pelesenan dan pengeluaran produk yang kukuh serta acara mengujakan untuk menjana pendapatan tinggi.

"Ini akan membuka ruang bagi aliran pelbagai pendapatan yang diperlukan untuk menjadikan penganjuran acara sukan adalah ekonomik dan lestari dan dapat mengurangkan beban kewangan di pihak kerajaan," katanya.

Diadakan sempena tahun industri sukan 2011/12, MSTGE berobjektif membangunkan pengetahuan, mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai dan usahawan dalam industri sukan serta bertindak sebagai platform untuk kalangan pengusaha dalam industri itu bertemu dan memperluaskan skop perniagaan mereka.

Syarikat tempatan dan antarabangsa memenuhi kira-kira 380 ruang pameran pada ekspo itu yang berlangsung di MIECC dari Khamis hingga Ahad dari 10 pagi hingga 8 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan