Kedutaan Akan Bentuk Kumpulan Penyokong Kontinjen Negara

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia akan menggerakkan pelajar dan rakyat Malaysia di republik ini untuk menjadi penyokong kepada kontinjen negara yang akan bersaing di Sukan SEA pada November ini.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata ketika ini terdapat 1,928 pelajar di republik ini dan 400 rakyat Malaysia yang menjadi ahli 'Malaysia Club Jakarta' (MCJ) dan bermastautin di ibu negara ini.

"Selain itu terdapat 50 anggota staf di Kedutaan Malaysia dan kesemua mereka ini akan digerakkan untuk menjadi penyokong setia kontinjen negara ketika temasya tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rombongan 25 anggota Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang berada di Jakarta bagi meninjau persiapan tuan rumah sebelum temasya tersebut berlangsung dari 11 hingga 22 November.

Satu lagi venue temasya tersebut ialah di Palembang.

Rombongan yang diketuai presiden SAM Ahmad Khawari Isa turut disertai oleh Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya itu, Datuk Naim Mohamad.

Syed Munshi berkata pelajar-pelajar Malaysia yang akan menjadi penyokong tersebut bukan sahaja tertumpu di Jakarta tetapi juga di Palembang.

Katanya di Jakarta terdapat 745 pelajar, Bandung (1,042), Palembang (95) dan Jambi (46).

Beliau turut menawarkan pelbagai kemudahan di Kedutaan Besar Malaysia di sini bagi membolehkan sekretariat kontinjen menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Bagi membantu pihak sekretariat kontinjen di Palembang, saya akan meminta pihak Konsulat Malaysia di Pekan Baru memberi bantuan yang diperlukan," katanya.

Sekretariat Malaysia di Jakarta yang beroperasi di Hotel Sultan, di tengah-tengah ibu negara ini, akan mula beroperasi pada 3 November.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan